minggu ni aku sambung daripada post aku yang bertarikh 1/2/12..kali ini aku ingin berkongsi mengenai tajuk yang ditulis di atas post baru aku ni...
Definisi kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja.Kata kerja terbahagi kepada dua bentuk iaitu bersendirian atau memerlukan objek sebagai penyambut.
Contoh kata kerja bersendirian:
Adik sedang menyanyi lagu-lagu artis kegemarannya
-Dalam ayat ini,menyanyi merupakan kata kerja yang boleh berdiri sendiri.Lagu-lagu artis kegemarannya hanya sekadar penerang bagi ayat itu.
Contoh kata kerja yang memerlukan objek sebagai penyambut:
Kamil menghantarkan bungkusan kepada Khalil.
-Dalam ayat ini,kata kerja menghantar perlu ada objek selepasnya.Jika tidak, ia dikira sebagai ayat tergantung,Berhati-hati juga menggunakan imbuhan -i dan -kan.-i untuk objek tepat dan -kan untuk objek sipi.
Berbalik kepada tajuk utama.
Kata kerja sebegini boleh berubah fungsinya daripada kata kerja kepada kata adjektif dan boleh menerima kata penguat.
Contohnya:Berita itu sungguh menggembirakan kami.
Sekali imbas sahaja,kita tahu ini seperti kata kerja transitif.Akan tetapi,terdapat 2 kriteria yang membezakannya.Pertama, ''kami'' boleh digugurkan dan tidak menjejaskan ayat itu langsung kerana ia bersifat seperti kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Kedua,hanya kata penguat ''sungguh'' boleh hadir bersama-sama kata kerja jenis ini.Ini tidak berlaku pada kata kerja lain.
Contohnya:Saya sangat menendang bola itu.
Ternyata ayat ini adalah salah dari strukutur bahasanya.Melainkan jika ayat itu diubah seperti begini: Saya sangat suka menendang bola itu.Ayat ini betul kerana terdapat perkataan suka.Suka adalah kata adjektif perasaan.
Selain itu,perkataan yang selain daripada menggembirakan,iaitu menyedihkan,mengagumkan,menyeramkan,mendukacitakan, dan lain-lain dan yang sejenis dengannya.
Golongan kedua pula ialah kata-kata kerja seperti melalui,mengikut,mengenai,menurut,menerusi.Perkataan-perkataan sebegini masih lagi dianggap kata kerja dari segi bentuknya,dan ia sama fungsinya seperti kata sendi yang berperanan sebagai keterangan sesuatu ayat. Contohnya ayat ini:
Mereka mengemukakan pandangan melalui jurucakap mereka.
-Mengemukakan adalah inti frasa kerja ayat ini diikuti oleh melalui sebagai kata sendi nama dan mereka sebagai frasa nama.
Namun, terdapat kata kerja yang hadir bukan sebagai inti frasa kerja,tetapi sebagai rangkaian perkataan yang menyerupai frasa sendi nama dan berfungsi sebagai unsur keterangan.Contohnya:
Menurut amaran kerajaan,merokok membahayakan kesihatan.
-Dalam ayat ini,menurut tidak berfungsi sebagai frasa kerja,sebaliknya sebagai frasa sendi nama yang bertindak sebagai keterangan.
Kadang kala kat kerja juga turut hadir pada kedudukan frasa nama seperti berikut
Bersukan itu mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
- Dalam ayat ini,bersukan itu berfungsi sebagai subjek yang asalnya frasa nama yang lengkap iaitu aktiviti bersukan.
Tuntasnya dalam Bahasa Melayu,walaupun setiap golongan kata mempunyai bentuk dan fungsinya yang tersendiri,terdapat juga kekecualian seperti yang dibincangkan dalam post ini...
Ok...berakhir sudah post kedua aku tentang Bahasa Melayu...Untuk lebih lanjut layari laman sesawang yang sudah tersedia pada post aku 1/2/12 yang lalu...
Sekian,terima kasih....