Hari ini sungguh mengejutkan aku...aku tengok dalam fb pasal benda ni...aku tak sangka boleh jadi macam ni...kantin sbekas sekolah aku, SMK Clifford Kuala Kangsar habis terbakar dijilat api...insiden itu berlaku pada pukul 4.30 pagi.Kejadian ni disedari oleh salah seorang warden hostel kemudian memanggil bomba untuk memadamkan api yang marak.Api berjaya dipadam 45 minit kemudian..Syukur api tak merebak sampai ke Dewan Hamdan...bila aku pergi tadi, semuanya dah habis musnah...nasib baik tiada kematian...menurut pihak bomba ia berpunca dari litar pintas...aku terkejut tengok tadi...pagi tadi Sultan Azlan Shah pun turun tengok tempat kejadian tadi...kerugian dianggarkan sebanyak rm 160,000.banyak tu...agaknya macamana budak-budak clifford waktu rehat ye..mungkin makan dalam kelas je bawak bekal atau beli kat luar...kesian pulak aku tengok..tapi apa dah jadi tetap terjadi...hanya Allah sahaja penentunya.
-sumber dipetik dari akhbar Kosmo dan diubahsuai oleh aku 2012-
No comments:
Post a Comment