Saturday, May 28, 2011

Event of the Month Mei..

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua..
aku rasa dah hampir sebulan lebih aku tak buka blog aku...
aku nak cerita events of the month bagi bulan mei....

7 ,9-13,17 Mei-Mid-year Exam...perah otak aku menggunakan kebijaksanaan aku menjawab soalan...subjek pa,bm.sastera,seni...fuuhhh,habis jugak 17 mei hari tu...

16 Mei Isnin - Hari Guru
Aktiviti hari guru memang best giler la...main boling kelapa,tuju tin guna bola tenis,pecah belon,isi air dalam botol,baling dart..ada yang lawak,mmg seronok la katakan..lepas tu wat persembahan untuk cikgu kat dewan  sekolah..perghh..happening siot...persembahan daripada pelajar2,cikgu2 dan termasuk sekali pengetua buat persembahan nyanyian.Aku tak nak lepaskan peluang ni dengan nyanyi lagu Insya'allah Maher Zain.....cukup merdu dan sungguh menyentuh jiwa...semua persembahan best dan sempoi belaka dan mendapat sambutan ramai..memang enjoy...

19 Mei-Lawatan ke Kompleks Mahkamah Taiping
Semua budak upper 6 termasuk aku g Kompleks Mahkamah Taiping..pengalaman pertama aku merasa suasana sebenar bila persidangan dijalankan...memang kena jaga kelakuan...kalau tak faham2 je la....daripada situ aku dapat banyak informasi tentang institusi kehakiman yang berkaitan dengan subjek pengajian am..prosiding dalam mahkamah kadang bergantung kepada jenis kes...kadang2 kejap kadang2 lama..sebarang alatan multimedia tidak dibenarkan dibawa ke sana..kalau nak gambaran,mesti lukis sendiri...handphone silent...overall memang best event kat situ...dekat2 kul 2 petang pergi taiping sentral makan2 shopping2 barang...planning aku tercapai dapat juga beli game yang lama aku tinggalkan waktu form 5 "Final Fantasy x-2"...haa..lepas sampai sekolah balik jalan kaki...tapi alhamdulillah ada orang yang baik hantar aku balik rumah...

24 Mei-Hari test JPJ
Cukup mendebarkan....JPJ datang ke Lubuk Merbau nak test motor dgn keter...sebelum tu Adam nasihat aku wat elok2 waktu test tu...aku tgk list sesi baru,aku nombor last,38..haaa...sabor je la...makin lama makin rasa nervous...huuu..lepas habis turn aku,lega aku rasanya...result aku dapat 19/20 utk bhgian 2,13/14 utk bahagian 3,alhamdulillah,aku lulus jugak..SYUKUR ALHAMDULLILAH!!!!memang pasni aku dapat P
,aku bolehlah bawak orang...cuma x konfem bila nak dapat...memang seronok rasanya...tapi sayang terlepas chance nak tengok kawan2 aku bentang penyelidikan rdk...malam ada tuisyen p.a dengan cikgu raja...memang bersemangat aku waktu tu...

25 Mei-Sehari bersama upper 6 dgn lower 6
Aku datang awal pakai uniform pbsm...pastu rush balik umah ambik seluar track..nasib baik sempat...datang sekolah balik sempat..pastu berlari ke tandas tukar baju...memang rush gila..hah...aktiviti yang dijalankan main futsal,bola jaring...memang seronok la...aku berperanan sebagai supporter....tolong apa yang patut..pastu kat dewan buat aktiviti yang lebih kurang sama seperti kem dua bulan lepas,iaitu membina menara paling stabil dan kukuh,pembentangan kumpulan dengan gaya trademark masing-masing,game kejujuran...memang terbaik....kemudian diakhiri dengan persembahan dari facilitator iaitu budak2 upper 6 termasuk aku...lagu realiti insan...nyanyi bersama2...

27 Mei -hari ini merupakan hari terakhir cikgu praktikum sains sukan,Cikgu Hamimi bin Majid...mula-mula tak berapa kenal cikgu ni...tapi bila dia join kem pra-u form 6 clifford dua bulan lepas,aku mula kenal cikgu ni satu persatu...daripada tak kenal langsung menjadi rapat...hari ini jugak hari akhir orientasi lower 6 ..pergh..pegi sana..makanan atas meja...alamak...sorry terlebih pulak...hari ni jugak ada taklimat bagi pengurus futsal untuk event ahad ni kat taman talang...segala-galanya diterangkan dari a-z...hahh...banyak benda perlu dibincangkan esok....


29 Mei- Hari Community Policing melalui Futsal kali pertama.Ini dibuat selaras dengan hari Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang telah bermula pada Jumaat yang lalu.Event ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Kuala Kangsar.Dimulakan dengan ucapan Dato' Seri Wan Khair-il,ADUN Parlimen Kuala Kangsar dan Dato' Ramli Zahari,ADUN Manong dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar di Kuarters IPD Kuala Kangsar kemudian merasmikan gelanggang futsal di situ dengan jayanya...sebanyak 95 penyertaan pasukan.61 untuk lelaki terbuka dan 34 bagi wanita terbuka dan sekolah terbuka. Hadiahnnya lumayan.RM1000 akan diberi kepada juara setiap kategori iaitu kategori lelaki terbuka,wanita terbuka dan sekolah terbuka dan juga melancong ke Pulau Pangkor dengan tajaan Dato' Ramly Zahari Menarik hadiahnya.Tak dilupakan juga,cabutan bertuah disediakan.Tiga venue digunakan untuk event ini.Satu di Gelanggang Futsal Bukit Chandan,di Kuarters IPD dan Taman Talang.Sekolah aku hantar 5 wakil pasukan.iaitu SMK Clifford,SMK Clifford Junior,Botak,Arus FC,dan Clifford Girlz.Selepas perasmian,semua peserta pergi ke venue masing-masing...lelaki terbuka di Gelanggang Futsal Bukit Chandan,dan di Kuarters IPD.Untuk wanita terbuka dan sekolah,peserta-peserta perlu pergi ke Taman Talang.Nasib baik dekat dengan rumah ayah aku kat Talang.Pada masa yang sama,Cikgu Hamimi datang melihat game futsal bersama-sama kitorang.Memang naik semangat kami..Event ini menjalankan sistem kalah mati.Aku hanya ceritakan game futsal membabitkan peringkat sekolah je.Team aku,Arus FC kalah pusingan awal dengan SMK Clifford dengan jaringan 1-0.Kecewa jugak tapi apakan daya,adat permainan,ada menang ada kalah.begitu juga dengan Clifford Junior.Clifford Girlz terus mara ke suku akhir kerana dapat bye pada pusingan pertama.Team Botak turut berjaya ke pusingan seterusnya.Masuk ke suku akhir,dpatlah tengok Clifford Girlz beraksi menentang UNIKL.Memang sengit giler ah...Memang first time aku tengok classmate perempuan aku bermain futsal walaupun main belasah jer..Goal Keeper Clifford Girlz,Izati fulamak memang cekap betul tangan dia jaga gawang.Aku kagum giler tengok dia beraksi first time..walaupun seluar dia terkoyak besar kat tepi...malu gila...~>_<~Memang terbaik dan harus dijadikan pujian kepadanya..walaupun kalah pada sepakan penalti 2-0...Pasukan SMK Clifford berjaya ke separuh akhir dengan menawaskan STMAA B.Pasukan Botak terkandas di suku akhir.Hanya team SMK Clifford sahaja harapan terakhir sekolah dalam event ini.SMK Clifford seterusnya berjaya ke akhir dengan jaringan 2-1 ke atas SMK Teknik dan Vokasional.Pada peringkat akhir pada sebelah malam di Kuarters IPD,SMK Clifford bertemu dengan SMK Simpang Beluru dan menjadi johan bagi sekolah terbuka mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 2-0.Memang gempak dan happening.Satu kepuasan yang sangat bagus bagi futsal players SMK Clifford..Aku di sini mengucapkan tahniah banyak-banyak buat players dan Cikgu Husaini dan Cikgu Hamimi dan have a great holiday in Pulau Pangkor.After all,they do deserve the prize and they deserved to get what they want.Aku rasa pengetua mesti terkejut gembira mendengarnya.Dan aku rasa kalau boleh,event ini perlu diteruskan bagi mencapai apa yang dikehendaki oleh kerajaan,iaitu salah satunya bersatu-padu melalui sukan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diamalkan dengan pemerintahan kerajaan kini.


Secara keseluruhannya,ini event memang
TERBAEKKKKKKK!!!!!!!!!!!!! dan STYLISHHHHHHHH!!!!!!!!!  
sapa yang x tgk event ni memang rugi gilerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!hah..hah.. semangat berkobar-kobar aku tak habis lagi...

setelah panjang berbicara,tibalah untuk mengakhiri pos ini dengan serangkap pantun..


Mak Jah pergi berjalan-jalan,
Berjalan jauh sampai ke Kelantan;
Setiap pertemuan pasti ada perpisahahan,
Segala jasa takkan saya lupakan.


Sekian,wassalam...HAVE A NICE DAY,Y'ALL and HAPPY HOLIDAYS......

Wednesday, May 4, 2011

Berkawan...

walaupun kita bagus dalam akedemik sekalipun kalau tak bergaul dengan orang sepanjang masa susah 
jugak...dan keadaan itu lebih teruk daripada kurang pandai akademik tapi pandai bergaul...
nak berkongsi ilmu,pengalaman,nasihat,pendapat dan semuanyalah...kena ada kawan untuk berkongsi sesama kita.Dalam Islam,berkawan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan...setiap manusia mana boleh berseorangan,mesti ada kawan sebagai penyeri kehidupan...Lagipun daripada berkawan juga,kita dapat belajar kehidupan yang sebenar terutamanya apabila keluar dari bangku sekolah.Sebab habis sahaja persekolahan,kita mengikut haluan masing-masing dan mungkin tak berjumpa.Sebab itu lah kita perlu menghargai kawan seadanya.


Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Sebagai peringatan para diri aku sendiri dan semua,aku membesarkan dan menebalkan sesetengah tulisan untuk dijadikan renungan bersama.

1.Mesti mempunyai ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul


3. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri
sahabat

4. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan bandingkan dengan diri kita sendiri kerana tak semua sifat kita baik belaka

5.Kita perlu Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat
  
6. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat hubungannya dengan insan lain

7. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Kita harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut

8. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen yang boleh memburukkan keadaan

9. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengada-adakan cerita yang tak sepatutnya


itu sahaja entry aku kali ini...