Thursday, July 26, 2012

Ramadhan menjelang lagi....

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua.

Ramadhan telah tiba 6 hari lepas...semua umat Islam menunaikan ibadah puasa.Puasa dari segi zahirnya bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari.Dari segi syaraknya,ia bermaksud menahan diri bukan setakat lapar dan dahaga, malah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.Pada bulan begini, syaitan telah diikat dan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka.Cuma yang tinggal ialah nafsu diri sendiri.Pada bulan ini ramai orang mengejar pahala yang besar yang ditawarkan berlipat kali gandanya oleh Allah s.w.t. dan adanya solat sunat tarawikh.Solat sunat tarawikh ada pada bulan Ramadhan sahaja,tidak terdapat pada bulan-bulan lain.Pada bulan Ramadhan, kita sebagai umat Islam digalakkan melakukan amal jariah kerana ganjarannya lebih besar jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa.Banyak kebaikan diperolehi daripada bulan puasa ni..Dalam post yang lain aku akan ceritalah ye...

Ramadhan tahun ini sunyi sedikit kerana kehilangan ayahku yang aku cintai selama ini sebulan lalu.Walau apa pun,beliau telah dilepaskan daripada seksaan dunia.Aku redha dengan pemergiannya.Lagipun Allah lebih sayangkannya.Bulan Ramadhan tahun ini akan aku jadikan batu loncatan untuk aku buat perubahan dari segi perwatakan aku sedikit demi sedikit...Aku dah mula solat 5 waktu ,bertarawikh yang tahun-tahun sebelum ni aku langsung tak pernah buat kerana aku tinggalkan yang wajib,iaitu solat 5 waktu.Diibaratkan seperti rumah tiada tiang,akhirnya runtuh dan jatuh ke tanah.Begitu juga dengan puasa bulan Ramadhan ni...banyak yang aku dapat perhatikan...

-Berpuasa tetapi tidak bersolat apabila masuk waktunya..
-Berpuasa tetapi tidak menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan...
-Berpuasa tetapi melakukan maksiat...dan bermacam lagilah

Bagi yang betul-betul faham konsep berpuasa bulan Ramadhan,tahniah dan teruskan usaha sehingga ke akhirnya...aku cuma cerita apa yang aku nampak,terpulanglah pada korang sendiri terima ke tak..ini cuma sekadar pendapat...Berpuasa tetapi tidak menjaga yang sepatutnya dijaga tidak membawa apa-apa makna langsung...hanya dapat penat kerana lapar dan dahaga...

Berbalik pada diri aku,aku berniat untuk berubah bukan untuk mendapat perhatian sesiapa sahaja,tetapi berniat demi Allah s.w.t. dan aku mesti istiqamah dalam melakukan perubahan begini.Memang pada mulanya aku berasa agak kekok,tetapi lama-kelamaan aku dapat menyesuaikan diri...

Oh,aku nak tamatkan entry aku kali ni...
Karang nak sahur,takut nanti tak sempat pulak,

Assalamualaikum w.b.t.
Sekian, terima kasih....  

No comments:

Post a Comment