hari ni dah masuk 1 februari 2012...cepat sangat masa berlalu ye...
Aku dah lama rancang untuk share apa yang aku tahu tentang Bahasa Melayu...akhirnya hari ni adalah entry aku yang pertama berkaitan dengan Bahasa Melayu
hari ni aku baca sisipan Utusan Malaysia bahagian ADaP (Akhbar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) bahagian Munsyi Bahasa oleh Muhammad Salehudin Aman...sebenarnya aku buat entry baru dan seterusnya ni khas untuk pelajar STPM yg mengambil aliran Sastera dan juga kepada pembaca blogger di luar sana...entry first aku berkaitan tentang bab Semantik..iaitu Homograf Berimbuhan...
first of all,tahukah Homograf??
kalau tak tahu, takpa...Homograf ialah sama ejaan,berlainan bunyi dan maknanya.
contoh:
menyepak
e taling : menendang (contoh ayat : Hamid menyepak bola)
e pepet : melempang (contoh ayat: Salina menyepak muka adiknya)
sekarang ni berbalik pada tajuk utama yg aku nak cakap ni...homograf berimbuhan adalah ejaan yang sama pada perkataan selepas diimbuhkan,tetapi bunyinya dan maknanya berlainan seperti dalam mukadimah tadi...
contoh 1
mengemas
kata dasar ( i(emas),ii (kemas))
i - menyerupai emas (Dia sedang mengemas rantai itu)
ii - mengatur dan menyusun dengan rapi (Ali mengemas bilik tidurnya)
contoh 2
mengelokkan
kata dasar ( i(elok), ii (kelok))
i-menjadikan cantik (Saya sedang mengelokkan perhiasan di rumah)
ii-menukar haluan (Halimah mengelokkan haluannya ke Nilai kerana lebuh raya ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan)
contoh 3
mengurus
kata dasar (i (kurus), ii (urus)
i - gemuk jadi kurus ( Kebelakangan ini, Aziz semakin mengurus)
ii - mengatur,menjaga dengan rapi (Khalid mengurus syarikat milik arwah ayahnya)
sebenarnya untuk memahami homograf seperti ini, kita perlu faham maksud keseluruhan ayat barulah kita dapat tahu maksud yang disampaikan dalam suatu ayat
untuk lebih lanjut tentang bahagian Munsyi Bahasa sila layari laman sesawang ini...
http://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasa
aku akan postkan entry baru lagi berkaitan dengan bahasa Melayu...tak salahkan kalau aku sebarkan ilmu yang dah ada...apa-apa pun aku akan teruskannya dalam entry blog yang akan datang...sekian sahaja untuk hari ni...
sekian sahaja untuk hari ini....
signing off...
and CHIAOW!!!
No comments:
Post a Comment