Sepanjang dua hari (semalam dengan hari ni),area aku Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi ke-9 untuk karnival ini pada tahun ini.Ramai jugak yang datang,terutama waktu pagi dengan tengahari...Hmm...overall,aku boleh katakan best jugaklah...crowded betul..banyak universiti,kolej-kolej, yang terdapat dalam karnival JOM MASUK U 2012.Dan semestinya banyak goodies yang menarik untuk diberi kepada semua orang yang menghadiri...tak kiralah pelajar sekolah,lepasan peperiksaan,ia juga termasuk golongan pelajar U yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi.
Dalam masa 2 hari ni,ramai kawan lama, cikgu-cikgu ,saudara-mara, dan junior-junior aku dapat jumpa di sini.Hari ini yang paling aku paling tak sangka,aku boleh jumpa cikgu kaunseling,Cikgu Hamshah sewaktu dia praktikal di sekolah lama aku,SMK Sayong masa aku form 4.Heee,rindunya time tu...tengok cerita Bleach sama-sama slaam laptop dia...tak dapat aku lupakan...Errrhhh....ok that's it..you're out of topic!
Apa-apa pun,aku ke sana nak tahu U manakah yang sesuai bagi aku untuk mendapat tempat apabila first intake pada bulan September dilancarkan...ataupun second intake pada bulan Disember berdasarkan result STPM aku...aku rasa dgn result aku,mungkin aku boleh pergi jauh la...itu pun berdasarkan kelayakan...tambahan pula aku cuba untuk daftar ke Kolej Komuniti untuk belajar kemahiran...yelah..takde buat apa-apa baik masuk je,tak rugi pun...banyak kemahiran ditawarkan pihak kolej komuniti antaranya bidang pengkomputeran,fesyen,kulinari,pastri dan sebagainya...Aku pilih pastri kerana dekat je dengan tempat aku...senang untuk aku berulang-alik..
Dua kali masuk semalam,itupun mulanya berteman selepas itu masuk seorang...hari ni pulak aku masuk dulu, lepas tu masuk balik sebab aku teman kawan aku diikuti mak dia.Jalan-jalan pusing tempat sama lima enam kali,ahh..penat kaki...balik dalam pukul 4.30 petang camtulah...Takpe,pergi banyak kali apa salahnya...
Apa-apa pun lepas daripada ni aku dah tau U mana yang aku nak masuk dah...nak kemaskini semula permohonan upu aku selepas daripada karnival ini...Kalau boleh buatlah lagi di sini...best dowh!!! Karnival ini akan menjelajah ke Johor pada 24-25 Mac...dan akhirnya 31 Mac- 1 April di Selangor...
ok,itu je lah nak cerita hari ni...ok
SIGNING OFF,
FAREWELL....
pastu skg da pk da ker nk amek kos apa?huhu
ReplyDelete"" Kenapa akak pakai niqab? ".".