Friday, September 28, 2012

Event of the Month (September) 1

1-6 Sept

Merupakan minggu pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM Pulau Pinang.
Hari pertama

Saat yang paling menyeronokkan apabila aku berjaya mendaftarkan diri di sini iaitu UiTM Pulau Pinang.Aku datang dengan abang dan kakak ipar aku.Mula-mula aku di sini rasa janggal sedikit tentang tempat ni .First time datang sini pun.Hari pertama aku jumpa rakan-rakan baru dari pelbagai latar belakang dan budaya.Ada yang datang jauh dari Sabah Sarawak.Ada yg mak bapak hantar anak dia waktu pendaftaran.Macam-macam lagilah.Hari pertama orientasi memang dikatakan boleh tahanlah.Baru nak merasa hidup di U setelah 20 tahun duduk kampung.Bilik aku di tingkat 9.17 B .Alhamdullilah,ada sorang member baru daftar jadi roomate aku dalam bilikJadi macam-macam nasihat diberikan oleh kawan-kawan dan family aku sebelum aku pergi.Tapi memang hari pertama di sini sungguh baik dan berjalan lancar.Malam pertama hari aku bermesra dengan senior-senior roomate aku daripada UiTM Arau dan member-membernya...seronok berkenalan dengan mereka-mereka ni.Diorang datang dari bilik 9.18,9.19.Macam-macam orang baru aku kenal.Antaranya Syawal,Hakim Lokman,Ahmad,Anis dan ramai lagi.
 
Hari kedua

Hari ini banyak perkara dapat tahu dalam orientasi kali ni.Aku dengan rela hati melantik diri sendiri jadi ketua penghulu bagi siswa pelajar baru.Alia lak jadi penghuluwati siswi yang sama juga.Aktiviti bermula selepas subuh dengan aktiviti riadah.Selepas tu pergi ke Dewan Seminar.Penat tul naik tangga 6 tingkat.Praktis lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan UiTM Di Hatiku.Bersemangat nyanyi.Al-maklumlah bersedia awal nyanyi lagu tu awal-awal lagi.Elok le pun.Selepas tu ada sesi taklimat tentang Pelan Integriti Nasional (PIN) bahagian Pulau Pinang oleh Faizul bin Zubairi.Selepas itu dah habis makan-makan.Ada sesi perbahasan dengan siswa-siswi lain.Hebat tul perbahasan tersebut aku pun join sekaki.Pastu namakan kumpulan,trademark,dan cheers.Macam-macam tingkah laku.Ada yang lawak dan macam-macam lagi la...Habis tu g Pusat Islam untuk solat maghrib.Sebelum isyak, dengar ceramah daripada ustaz tentang kepentingan menuntut ilmu... Malam ni sambung dari tadi,buat macam petang tadi kat Dewan Kristal,perkenalan diri PM (Pemimpin Mahasiswa) seramai lebih kurang 20 orang.Seronok event malam ni,ada exercise bertujuan untuk membangkitkan minda.Pastu main Harimau Hakim Pemburu.terbaiklah hari ini...esok nak prepare untuk hari korporat UiTM.

Hari ketiga

Macam biasa seperti hari sebelumnya.Tapi kena pakai baju kemeja sebab hari Isnin.Hari ini diberikan taklimat Hal Ehwal Akedemik (HEA),taklimat ko-kurikulum,taklimat Hal Ehwal Pelajar (HEP).Petang tu ada explorace tentang tempat-tempat di UiTM di sini.Memenatkan tapi menarik la.Malam ada sesi LDK dimana semua kumpulan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak facie masing-masing.Semua luahkan apa yang dikumpul dan perasaan sepanjang bersama dengan diorang.Grup aku dapat Abang Azrol a.k.a Komeng.Gelak-tawa memenuhi seluruh dewan Kristal atas tu...


Hari keempat

Hari ni tak berapa ok sikit.Ada siswa bangun lambat dan telah terima hukuman masing-masing.Macam biasa bersenam tapi kali ini ikut video menari tommy,gudang,warming up,dan lompat bintang...Banyak teguran diterima seperti cara menghormati penceramah apabila penceramah sedang berucap.Selepas tu,taklimat untuk bahagian penempatan kolej dan Non resident (NR) oleh Pn.Dewi Anis,diikuti dengan bahagian keselamatan oleh ketua polis bantuan,En Zakaria.Kemudian taklimat tentang Kerjaya dan Kaunseling oleh Cik Azizah.Aku tersentuh hati apabila Augustine memasang hajatnya untuk bawakan ibu bapanya ke sini kerana dia tak pernah menjejakkan kaki ke sini dan tempat ini menjadi tempat idamannya serta kesusahan ibu bapanya berusaha deminya.Agustine terpaksa berjauhan daripada mereka terutama sekali bapanya kerana bapanya sering tidak ada sewaktu dia menyambut setiap kejayaannya kerana sibuk bekerja.Oleh itu azamnya untuk bawa kedua-dua ibu bapanya ke sini untuk melihatnya mengenggam ijazah pada konvokesyen.Kemudian Alia pula meluah kan juga perasaan terhadap apa pengorbanan Augustine untuk sampai ke sini dan respek Augustine kerana di sebalik luarannya yang happy go lucky terdapat juga kesedihan dalam hatinya itu...Taklimat tentang penggunaan istudent portal bagi mengakses dan memasukkan pelbagai perkara penting diterangkan oleh abang facie Davis tapi tak sempat..Kemudian taklimat tentang Pro-KI iaitu Kemahiran Insaniah yang menerangkan penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti samada dalam atau luar kampus.Banyak perkara perlu dicatat kerana taklimat diberikan sekali sahaja.Bermakna kalau apa-apa yang tak jelas terus rujuk pada HEP tingkat 8.Malam ni membuatkan aku sedikit tersentak apabila abang Fatah berkata hidup di sini bukannya sesenang waktu STPM dan Matrikulasi dulu.Banyak pengorbanan perlu dibuat.Apalah guna jika ibu bapa hantar anaknya ke universiti semata-semata untuk meremukkaN hati mereka jika masih terkapai-kapai dalam fantasi.Kenalah bangun daripada mimpi-mimpi itu.Hadapi realiti sebenar.Setelah ada sebuah video menunjukkan betapa gembiranya hati seorang ibu  melihat anaknya pulang dengan kejayaan disebalik kesusahan yang dialami berserta pengorbanannya membesarkan anak-anaknya.Wan buat pengakuan bahawa jangan hanya berlakon hanya dengan linangan air mata semata-mata.Jadikan perkara itu sesuatu yang menjadi daya tolakan untuk berjaya dalam pelajaran. Kemudian aku rasa  sangat sebak dan mengaku pada semua siswa-siswi dan facie-facie bahawa aku adalah anak yatim piatu sekarang.Apa yang aku ada hanyalah atuk aku serta adik-beradik aku aje yang tinggal.Aku pesan kat diorang yang masih ada ibu bapa hargailah diorang seadanya.Banyak perkara mereka korbankan untuk kita.Wan dan Abang Talib pujuk aku supaya tabah dalam menghadapi hidup ini dan jadikannya sebagai daya tolakan dan faktor untuk berjaya dan apabila berjaya berbuat demikian banyak berdoa agar diorang tenang di sana.Jangan jadikan sebagai satu kekangan.Kemudian wakil siswi pun sama juga.Dia pun anak yatim kerana ayahnya tiada sejak darjah 1.Hanya ibunya sahaja yang menjadi tempat mengadu sehinggalah hari ini.Kami digalakkan supaya rancang kejayaan dari sekarang dan jangan nak enjoy sangat selama tempoh pengajian...Biarlah mereka menangis kegembiraan kerana berjaya bukan menangis kesedihan kerana kebodohan diri sendiri mengkhianati amanat ibu bapa. Sesi diakhiri dengan lagu UiTM Di Hatiku,lagu Snada dan the Black Superman serta Taburkan Jasa Semaikan Budi.Okay,dah berjela panjang tulis ni,nak tidur...esok hari second last....


Hari kelima
Klimaks kepada Minggu Destini Siswa.Taklimat Bahagian Kebajikan Pelajar oleh HEP, Pn.Nor Diana.Berbincang mengenai pinjaman kebajikan pelajar dan bantuan yang boleh diberikan oleh pihak universiti bersandarkan syarat-syarat yang tertentu serta penjelasan mengenai bantuan pengurangan/pengecualian yuran pelajar.Seterusnya,taklimat mengenai PTPTN.Slot ni memang kena concentrate kerana hal ini penting untuk siswa/i yang telah memohonnya secara online sebelum berakhir 30 Ogos 2012 bagi kelompok pertama dahulu.Keputusan boleh disemak pada hari Sabtu 8/9/12.Tarikh untuk serahan bagi kelompok pertama ialah pada 22-23/9/2012.Jika tidak dituntut dalam dua/tiga minggu selepas serahan,ia menjadi masalah.Kiranya di slot ini banyak beri tumpuan pada hal ini.Seterusnya taklimat bantuan Zakat dan CITU (Centre Islamic Thoughts and Understanding).Slot ni menjelaskan tentang pemberian zakat pada 4 golongan,Fakir,Miskin,Fisabilillah dan Muallaf.Untuk mengisi borang boleh melayar istudent portal bahagian zakat mengikut manual yang diberikan.Kemudian lawatan ke perpustakaan UiTMPP.Memang perpustakaannya sungguh cantik dan tersusun serta informatif dengan staf yang mesra.Selain itu kemudahan unifi turut disediakan sebagai pemudah cara bagi siswa/i mencari maklumat.Kemudian lawatan ke fakulti masing-masing.Aku fakulti hotel sudah tentu di hotel tempat aku belajar.Kemudian taklimat fakulti diberikan oleh pensyarah fakulti.Tak sangka boleh jumpa chef Kamarul depan mata aku.kemudian kami diasingkan mengikut kursus.Untuk kulinari,Chef Syafiq  memberi taklimat tentang kursus ini secara mendalam.Kerja kat dapur hotel memang kena kuat mental kerana kerja ni bukan sahaja kena menahan makian daripada bos malah daripada tetamu hotel.Memang kena betul2 bersedia.Selepas tu,pergi ke Dewan Kristal untuk Senam Seni 1 Malaysia.Lambat datang tapi sempat ikut video.Penatnyaa...Malamnya,ada slot tayangan video dan sketsa dilakonkan oleh akak2 dan abang2 PM.Tayangan itu memberikan kesan yang mendalam pada aku sebagai anak yatim piatu.Nasib baik Agus dan kawan2 lain cuba tenangkan aku.Selepas selesai,sesi bersalaman antara siswa/i dengan abang2/akak2  facie serta menyanyikan lagu doa perpisahan oleh brothers bersama-sama.Lepas tu pulak,ada surprise untuk Alya,Firdaus dengan sapa sorang tu aku tak tau la.Kek birthday...buat pertandingan kuah kacang ketupat paling pantas antara aku dan Ninda.Kesimpulannya aktiviti malam ni merupakan yang terbaik antara yang terbaik sepanjang MDS berlangsung.

Hari keenam

Peleraian bagi MDS ni.Livestream video daripada kampus induk di Shah Alam mendengar ucapan dan amanat naib canselor Dato' Prof. Sahol Hamid Abu Bakar.Lama jugak tapi berjalan lancar...selepas itu tayangan video mengenai kenangan bersama-sama sepanjang minggu destini siswa berlangsung.Macam-macam gelagat dan lagak.Aku pun tak terlepas sekali.Malu aku seyhh...abang Fatah meminta Ninda dan aku memberikan ucapan.Aku mengucapkan banyak2 terima kasih pada abang-abang dan kakak-kakak PM terutamanya first best friend aku di sini iaitu Abang Talib.Mesra betul dia dengan aku.Itulah ikatan ukhuwah yang sejati.Aku juga mengucapkan selamat berjaya kepada semua abang2/kakak2 PM serta semua siswa/i menggapai segulung ijazah kelas pertama.Kemudian aku diminta untuk lakukan kuah kacang ketupat.Best betul.Kemudian ucapan-ucapan daripada siswa/i lain.dan berakhir dengan sesi bergambar bersama abang2/kakak2 PM.Terbaiklah....secara keseluruhannya Minggu Destini Siswa UiTMPP tahun ini merupakan sesuatu yang sangat berharga yang tak dilupakan oleh diri sendiri untuk diceritakan kepada anak cucu nanti.Alhamdulillah semua dah selesai....


No comments:

Post a Comment