Ceritanya bermula apabila Habib difitnah memburuk-burukkan Mustika...Akibat daripada itu,abang Habib,Jabar dan orang-orang kampung mengelilingi Habib dan memukulnya.Jabar cuba membuka kain yang menyelubungi wajahnya tapi mati akibat cahaya yang terkeluar dari wajahnya itu..
Kemudian,cerita mula beralih kepada Nazmir dan Nasti,Syazura dan Munirah...Dimulakan dengan mimpi ngeri Syazura kehilangan bayinya akibat dimakan syaitan.Syazura menjadi tidak keruan.Dr.Najwa cuba membantu mengesahkan sama ada Syazura mengandung atau tidak.Kemudian suaminya, Nazmir yang secara tidak sedar melukis gambar yang tidak diketahui...kemudian berjumpa dengan Nasti dan Dr.Najwa untuk mengetahui tempat yang dilukisnya itu...Sejak daripada itu Nazmir dan Syazura bercadang untuk pulang ke kampung...diikuti Nasti dan Munirah...tiba sahaja di kampung,pelbagai peristiwa pelik yang mendatang pada keempat-empat watak.Antaranya, Munirah menghentakkan kepalanya ke ''busut'' yang menjadi tempat tongkat yang dikatakan rohnya hitam yang arusnya berdarah yang dahulunya adalah tongkat yang membawa kekuasaan yang tidak terhad.Nazmir tiba-tiba bengis apabila Syazura tidak tahan di kampung itu dan balik ke Kuala Lumpur,Nasti bernafsu untuk dapatkan tongkat itu,dan Syazura berasa gelisah tinggal di rumah dan kampung itu.Satu persatu rahsia masa lalu dibongkar dalam perjalanan cerita itu.Pengakhiran filem adalah tragis dimana semuanya mati...bermula dengan Nazmir membunuh Munirah kemudian dibunuh oleh Nasti dan akhirnya dibunuh oleh Syazura dengan sebilah kapak..Dr.Najwa juga turut terbunuh dalam akhir cerita ini...dan Syazura menghilangkan diri menjadi gila kerana membunuh orang yang tersayang dengan tangannya sendiri akibat nafsu yang tidak terkawal.
Apa-apa pun untuk tahu lebih lanjut,tontonilah Keramat di pawagam berdekatan...cerita ini diklasifikasikan PG 13.Cerita ini hanya sekadar rekaan semata-mata.Tiada kaitan antara yang hidup dengan mati.Paling penting banyakkan berdoa kepada Tuhan agar hidup kita dilindungi-Nya..Dan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin ilmu untuk bekalan ke alam akhirat.Ok,itu je lah cerita....
want to see the screenshots?: surf http://jiwang.org/malay-movies/188303-keramat-2012-dvdrip.html
all credit goes to the website
itu je lah aku nak cerita hari ini...
signing off,goodbye everyone...
No comments:
Post a Comment