Ah,pedulikan itu sebentar.Dekat2 kul 5 baru kitorang masuk tengok filem tu.Bagi Adam dan Iman,diorg dah tengok dua kali,mungkin rasa bosan.Tapi bagi aku,filem tu walau berulang kali tengok macamanapun tetap yang terbaik.Yang tak bestnya,macam biasalah,iklan dan trailer movie yang baru sebelum tayangan dimulakan.Habis iklan barulah filem tu disiarkan.Menyiarkan dua bahasa dan subtitle iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Keseluruhan cerita Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU adalah antara yang terbaik pernah aku lihat.Pada pendapat aku,filem ini patut dipromosikan dan ditayangkan di luar negara supaya orang di luar sana tahu akan kehebatan filem epik ini.Kalau nak tahu cerita ini dengan lebih lanjut,tengoklah sendiri ye.Aku cuma beri ringkasannya sahaja ynag diambil dari GUA.com.my.
HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa laonan Stephen-Rahman Hughes yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom,iaitu Marcus ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka.Merong mengumpulkan angkatan-angkatan tenteranya untuk berangkat bersamanya berperang ke kubu Geruda itu.Sampainya di kubu itu,Merong menggunakan cermin yang direka Archimedes untuk memantul cahaya matahari terus ke orang-orang Geruda dan ramai yang mati kepanasan dan jatuh ke dalam laut.Tetapi berjaya dipatahkan melalui rakan seguru Kesum yang memanggil hujan turun.Kemudian,berlakulah pertempuran yang dahsyat.Mereka berjaya tetapi tak lama.Rupanya masih ramai lagi orang-orang Geruda di sebalik kubu itu.Mak tak terlawanlah mereka.Kemudian pertempuran sengit berlaku di antara Kemawas dan Merong.Penuh aksi dan debaran.Pada masa yang sama,Angkatan kedua dari China dan Rom telah pun sampai memberikan bantuan.Merong berjaya kalahkan Kemawas sebab tangkalnya diambil Puteri itu ketika dia cuba memperkosa puteri itu.Maka darah terpercik dari mulutnya dan keris Merong menusuk perut Kemawas itu.Dan akhirnya Merong menang perlawanan itu.Dan kemudian,rakan seguru Kesum pula datang dari belakang menikam Merong.Cerita ini berakhir apabila Merong mengambil tangkal daripada leher rakan seguru Kesum itu dan menusuk sekali kedalam perutnya pula.Dan kedua-duanya mati.Pengorbanannya tidak disia-siakan.
Di sini juga aku ingin ulaskan apa yang menarik dalam filem ini.Filem ini banyak mengandungi adrenalin aksi dan pertempuran terutamanya di pantai ''tempat yang tidak ketahuan rajanya'' dan tempat kubu puak Geruda.Ketika itu,banyak pertumpahan darah dan orang mati tersadai berlumuran darah.Aku sangat menyukai 2 babak itu.Selain itu,ia diselitkan unsur percintaan.Yang paling jelas adalah di antara watak Merong dan Embok,anak Penghulu Kesum lakonan Ummi Nazeera.Sangat menyentuh hati sehinggakan aku nyaris menangis.Ia juga menyelitkan unsur humor yang berjaya menarik perhatian penonton termasuk aku terutamanya pada watak Ying Ying,inang kepada Puteri China yang rupawan itu. Sungguh menggelikan hati tambah-tambah lagi masa kawan tu buat-buat mati kena panah.Ia juga menyelitkan unsur magis.Ini jelas menerusi Kemawas dan rakan seguru Kesum menggunakan tangkal hikmat untuk menjadikan diri mereka tak lut ditikam senjata.Kelemahan mereka adalah,jika tangkal itu ditanggalkan maka mereka tidak kebal lagi.Dan juga penyembahan dewa-dewa purba Geruda yang menyebabkan malapetaka kepada tentera-tentera China dan angkatan tentera iringan Putera Marcus itu.Bagi pendapat aku,inilah yang terbaik aku peranah tonton so aku berikan markah penuh buat filem ini kerana berjaya menarik perhatian aku!!!
10/10
Selepas habis tayangan kul 7 macam tulah,motorsikal Adam kena sita oleh MBI.Musawwir dan dia kena pergi ke mahkamah untuk buat rayuan tuntut balik motor yang disita tu.So,aku dengan Iman duk tunggu dekat depan Parade tu sejam lebih bersembang-sembang sambil menunggu diorang claim balik motor tu.Kul 8 macam tulah,alhamdullilah,dapat claim balik atas berkat solat khusyuk dan doa.so,kami pun balik ikut jalan lama.tapi problem jugak,lampu isyarat banyak pulak.Waktu aku dengan Musawwir berhenti kat lampu isyarat dekat2 Sungai Siput tu,ada satu kereta Waja putih lalu selamba ajer tanpa menghiraukan lampu merah di depan.Gila apa pemandu ni,tak ikut peraturan jalan raya ke???Tapi takpe,perjalanan diteruskan...sampailah balik ke rumah aku...memang best..pasni filem Kongsi ''Lu Langsi,Lu Mati'' lakonan Shaheizy Sam pada 12.5.2011.Hmm,pasni nak gi la...dan pengajarannya ialah ''Jangan Lupa bawak duit spare sekurang-kurangnya RM20 nak pergi tempat-tempat macam tu.Mana tau benda yang tak dijangka berlaku macam aku cerita tadi tu''.
Fuhh,setelah panjang berjela aku bercerita,izinkan aku mengakhiri entry aku dengan pantun ini:
Sambal ikan bilis sambal belacan;
Lain nama lain rasa,
Bawa duit spare lebih ketika nak berjalan;
Buat peringatan nak pergi kali kedua dan seterusnya.
Chow,Assalamualaikum w.b.t.
Hayatilah gambar poster Hikayat Merong Mahawangsa ini ye.
No comments:
Post a Comment