Thursday, February 23, 2012

Royal Belum Drum Festivals 2012...

Tempat aku,Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi ketiga pra-acara selepas Taiping dan Lumut.Event start pukul 4 petang camtulah di LAman Budaya berhampiran SMK Raja Perempuan Kelsom...acara dimulakan dengan paluan kompang dari Kampung Tanah Lepan untuk mengiringi kedatangan YB Dato' Wan Khairil,dan tetamu kehormat yang lain...selepas itu ucapan daripada YB sendiri.Pembukaan persembahan  dimulakan dengan skuad drum dari MCKK...camcorder aku sempat rakam yang itu..sebab aku terlupa nak charge lepas last time guna...ahhh...tapi takpe,camcorder yang terbaik adalah mata kita...selepas itu,diberhentikan seketika untuk azan solat asar....

Acara disambung semula...kali ini ialah persembahan daripada kumpulan drum dari Indonesia iaitu Seratus Persent yang mempersembahkan pelbagai alatan tradisional dan moden yang mendengarkan pelbagai genre yang berbeza dari negara mereka.Waduh,waduh,hebat banget persembahannya..

Selepas itu,kumpulan paluan gendang India dari Taiping mengegarkan laman budaya...sebenarnya aku suka gendang India dan rentaknya sangat catchy...

Seterusnya diteruskan dengan kumpulan dram dari Azerbaijan...fakta yang menarik tentang kumpulan ini ialah ketuanya merupakan orang yang merevousikan alat muzik drum dhol di negaranya lantas menjadikannya sebagai artis tersohor di sana.Dan memegang rekod Guinness  sebagai pemalu dhol yang paling laju di dunia.KAlau tersalah fakta maaflah ya....lama jugak buat performance...dalam 30 minit....

selepas itu,diteruskan pula dengan kumpulan gendang cina dari SMK Tsung Wah...pada waktu itu,cuaca semakin mendung alamatnya nak hujan...selepas itu kumpulan pencak silat pula buat persembahan...hampir2 jugak hujan nak turun...

selesainya persembahan silat,giliran kumpulan gendang daripada Singapura mempersembahkan muzik mereka.Walaupun hujan,tapi aku masih tak berganjak dari tempat itu...sementara itu bergaul dengan orang Indonesia iaitu ahli kumpulan seratus persent...mereka semua katanya berasal dari Bandung...jadi aku guna peluang untuk bergaul dengan mereka menggunakan bahasa Indon.Tengah kumpulan Singapura masih mainkan muziknya,aku tak melepaskan peluang pergi ke backstage seorang diri dan menari bersama-bersama orang-orang Azerbaijan..sebabnya salah seorangnya mengajak aku menari.jadi aku pun join sekali...apa salahnya sekali-sekala...

selepas itu persembahan dari KLDC (Kuala Lumpur Drum Corps.),Aku sukakan persembahan mereka yang sungguh bersemangat dan bertenaga sampai aku pun terikut sekali...Best dowh!!Respek sama lu...Dan akhirnya sampai ke finale persembahan iaitu kumpulan dari Thailand iaitu Absolutely Thai membuat persembahan mereka...Climax paling best...apa lagi...ikut rentak lagu dan sorakan gadis-gadis Thai...best jugak lah...event berakhir dalam pukul 7.00 petang....Sebelum itu aku diminta oleh budak-budak Clifford supaya bergambar bersama kumpulan KLDC...aku approach diorang..tak sangka sempoi jugak diorang ni ye....macam2 pose dibuatnya...ada gila,serius,happy2....bestnyer...

Semasa acara berlangsung,tak sangka aku jumpa jugak kawan-kawan aku...memang the best of all...persembahan gala akan diadakan pada 25 Feb di Dataran MBI di Ipoh dan Lapangan Terbang Gerik pada hari tulat...

untuk lebih lanjut sila lihat imej ini untuk lebih maklumat

itu sahaja event untuk hari ini...upnext event is Motocross di Sayong Tebing...

ok,that is all interesting event untuk hari ni....
SIGNING OFF....
bye-bye
and ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

from:Salleh's Blogggaventures...

Friday, February 17, 2012

lukisan baru

hai semua.Aku kembali lagi...aku memang update blog ni tiap minggu kerana segmen Bahasa Melayu pada hari Rabu.Kali ni,aku post lukisan baru aku ni mengenai kawan-kawan aku di kelas aku,6R3/6A3.Kay,ini baru part pertama dalam pembikinan.AKu nak lukis semua 25 orang termasuk aku sekali. (sekarang ni tgh proceed to part 2).Ni hanya lukisan kasar je.Nanti aku akan tambah lukisan dengan background dan sepatutnyalah...Dua tiga minggu ni aku habiskan masa dengan melukis.Lukisan aku bertambah baik dari masa ke semasa.Komen amat dialu-alukan.Sebenarnya ni diambil dalam kamera handset waktu kami sekelas pergi ke Pulau Pangkor.Aku buat ini untuk mengingati kawan-kawan yang sudi berjuang bersama-sama aku dalam menempuh tingkatan enam ketika di SMK Clifford Kuala Kangsar...Aku takkan lupakan korang sampai bila-bila...ingatlah,bahawa "the Ship is More than The Crew"...

haish,berdebar-debar rasa jantung aku...keputusan STPM hampir tiba...aku rasa sangat risau...manakan tahu apa usaha yang aku lakukan menjadi sia-sia....tapi apa-apa pun,apa yang terjadi,aku tetap percaya bahawa Allah sahaja pemberi rezeki manusia.Dan setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza-beza.Mungkin bukan sekarang untuk dirasai....tetapi untuk masa depan nanti...mana tahu kan???

oh,hari ni adalah blog entri aku yang ke-100...macam tak percaya jer...aku buat blog ni pada penghujung tahun 2010.sampai sekarang aku masih akan update benda baru yang datangnya daripada aku sendiri...ok!!

huh....
orait!TERBAeeekkKKK!!!!

Wednesday, February 15, 2012

Kata Pascakata

Minggu ni berkaitan dengan Kata Pascakata.Kata Pascakata merupakan salah satu kelompok kata tugas dalam bahasa Melayu.


Kata tugas merupakan perkataan yang digolongkan dalam golongan kata heterogen,iaitu kata yang bersifat pelbagai jenis.Ia tidak boleh jadi inti bagi frasa endosentrik (FN,FK, dan FA)


Ia hadir dalam ayat,frasa,atau klausa untuk mrndukung tugas sintaksis tertentu,sama ada sebagai penghubung,penguat,penentu,pembantu,penafi atau tugas-tugas yang lain.Berdasarkan tugas dan kriteria dalam ayat,maka kata tugas dikelompokkan kepada 4 kelompok utama kata iaitu:


i. penyambung ayat
ii.Praklausa
iii.Prafrasa/pascafrasa
iv.Pascakata

Dalam Bahasa Melayu,terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan,iaitu bentuk -nya.Ia berperanan sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan merupakan kata yang memberi penegasan kepada perkataan yang bergabung dengannya.Contohnya seperti ini....


1.Kamu sewajarnya bergembira kerana kejayaan ini adalah untuk dirimu.
2.Sesungguhnya perkhidmatan kami merupakan perkhidmatan terbaik di peringkat antarabangsa
3.Keadaan ekonomi negara tahun ini nampaknya akan mendapat sambutan daripada pelabur asing.


Perkataan seperti wajar,sungguh,umpama perlu juga dijadikan imbuhan apitan iaitu awalan se- dan -nya.Jika awalan se- tidak dimasukkan maka ayat menjadi kurang tegas dan berkesan contohnya...


(salah):Ali harusnya mendapat nasihat daripada saya dahulu.
(betul):Ali seharusnya mendapat nasihat daripada saya dahulu


dengan ada apitan awalan se- dan akhiran -nya,maknanya menjadi cukup tegas dan berkesan.


Bagi kata pembenda pula,ia bermaksud bentuk kta yang menjdikan sesuatu perkataan yang bukan daripada golongan kata nama sebagai KN atau FN dan KN/FN yang terhasil itu dapat menjadi unsur dalam binaan subjek ayat.KA seperti deras,sayang,manis, dan jatuh,datang, pergi merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Akhiran -nya ditambh dan perkataan ini boleh berubah menjadi kata nama.Contoh seperti ayat-ayat dibawah ini:


i.Derasnya tidak dapat digambarkan
ii.Sayangnya dia bukan kepalang
iii.Datangnya tidak diundang,perginya tidak disuruh
iv.Jatuhnya seperti nangka busuk


ayat-ayat ini boleh disongsangkan dan ia tidak menyalahi hukum tatabahasa.
i.Tidak dapat digambarkan derasnya
ii.Bukan kepalang sayangnya
iii.Tidak diundang datangnya,tidak disuruh perginya
iv.Seperti nangka busuk jatuhnya


Kata pembenda ertinya begitu luas merangkumi segalanya seperti manusia,haiwan,bangunan dan pelbagai lagi.Dalam bahasa seharian seringkali mendengar ayat seperti apa benda yang berdentum tu?? (merujuk hal kemalangan atau apa sahaja);Tak ada apa benda pun (merujuk hal).Ia memang sesuai di tambah akhiran -nya sebagai kata pembenda.Sama juga kepada tatabahasa tradisional dimana prinsip ''benda dan cerita'' merujuk kepada subjek dan predikat.Ia memang tepat fungsinya sebagai pengisi ruang subjek ayat.


Okay,itu saja sesi minggu ini.Untuk lebih lanjut sila rujuk tarikh 1/2/12 pada blog saya.Harap-harap ini membantu anda semua....


OK,signing off
chow!!!

Wednesday, February 8, 2012

Kata Kerja Sebagai Golongan Kata Lain.

minggu ni aku sambung daripada post aku yang bertarikh 1/2/12..kali ini aku ingin berkongsi mengenai  tajuk yang ditulis di atas post baru aku ni...

Definisi kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu  yang menjadi inti dalam binaan frasa kerja.Kata kerja terbahagi kepada dua bentuk iaitu bersendirian atau memerlukan objek sebagai penyambut.

Contoh kata kerja bersendirian:
Adik sedang menyanyi lagu-lagu artis kegemarannya

-Dalam ayat ini,menyanyi merupakan kata kerja yang boleh berdiri sendiri.Lagu-lagu artis kegemarannya hanya sekadar penerang bagi ayat itu.

Contoh kata kerja yang memerlukan objek sebagai penyambut:
Kamil menghantarkan bungkusan kepada Khalil.

-Dalam ayat ini,kata kerja menghantar perlu ada objek selepasnya.Jika tidak, ia dikira sebagai ayat tergantung,Berhati-hati juga menggunakan imbuhan -i dan -kan.-i untuk objek tepat dan -kan untuk objek sipi.

Berbalik kepada tajuk utama.
Kata kerja sebegini boleh berubah fungsinya daripada kata kerja kepada kata adjektif dan boleh menerima kata penguat.

Contohnya:Berita itu sungguh menggembirakan kami.
Sekali imbas sahaja,kita tahu ini seperti kata kerja transitif.Akan tetapi,terdapat 2 kriteria yang membezakannya.Pertama, ''kami'' boleh digugurkan dan tidak menjejaskan ayat itu langsung kerana ia bersifat seperti kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Kedua,hanya kata penguat ''sungguh'' boleh hadir bersama-sama kata kerja jenis ini.Ini tidak berlaku pada kata kerja lain.

Contohnya:Saya sangat menendang bola itu.
Ternyata ayat ini adalah salah dari strukutur bahasanya.Melainkan jika ayat itu diubah seperti begini: Saya sangat suka menendang bola itu.Ayat ini betul kerana terdapat perkataan suka.Suka adalah kata adjektif perasaan.

Selain itu,perkataan yang selain daripada menggembirakan,iaitu menyedihkan,mengagumkan,menyeramkan,mendukacitakan, dan lain-lain dan yang sejenis dengannya.

Golongan kedua pula ialah kata-kata kerja seperti melalui,mengikut,mengenai,menurut,menerusi.Perkataan-perkataan sebegini masih lagi dianggap kata kerja dari segi bentuknya,dan ia sama fungsinya seperti kata sendi yang berperanan sebagai keterangan sesuatu ayat. Contohnya ayat ini:

Mereka mengemukakan pandangan melalui jurucakap mereka.
-Mengemukakan adalah inti frasa kerja ayat ini diikuti oleh melalui sebagai kata sendi nama dan mereka sebagai frasa nama.

Namun, terdapat kata kerja yang hadir bukan sebagai inti frasa kerja,tetapi sebagai rangkaian perkataan yang menyerupai frasa sendi nama dan berfungsi sebagai unsur keterangan.Contohnya:

Menurut amaran kerajaan,merokok membahayakan kesihatan.
-Dalam ayat ini,menurut tidak berfungsi sebagai frasa kerja,sebaliknya sebagai frasa sendi nama yang bertindak sebagai keterangan.

Kadang kala kat kerja juga turut hadir pada kedudukan frasa nama seperti berikut
Bersukan itu mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
- Dalam ayat ini,bersukan itu berfungsi sebagai subjek yang asalnya frasa nama yang lengkap iaitu aktiviti bersukan.

Tuntasnya dalam Bahasa Melayu,walaupun setiap golongan kata mempunyai bentuk dan fungsinya yang tersendiri,terdapat juga kekecualian seperti yang dibincangkan dalam post ini...

Ok...berakhir sudah post kedua aku tentang Bahasa Melayu...Untuk lebih lanjut layari laman sesawang yang sudah tersedia pada post aku 1/2/12 yang lalu...

Sekian,terima kasih....

ombak rindu..huu...

akhirnya semalam dapat juga aku tengok ombak rindu yang di muat turun sampai habis...haa...syahdunya cerita itu.aku hampir-hampir menangis...huhu...pada mulanya memperkenalkan Izah sebagai seorang gadis kampung yang suci.Dia bekerja sebagai ustazah pada siang hari dan bekerja di warung kampungnya pada sebelah malamnya untuk mata pencariannya.Akan tetapi,segalanya berubah apabila dia terpaksa ikut bapa saudaranya ke Kuala Lumpur.Setibanya di sana,dia ditinggalkan pak ciknya dan menjadi pelacur sebuah kelab malam.Kesuciannya dinoda oleh lelaki yang ingin memuaskan nafsu semata-mata.Tak lama kemudian,seorang lelaki bernama Harris muncul dalam hidup Izah.Pada mulanya Izah dilayan seperti perempuan simpanan...hubungan antara mereka terjalin sedikit demi sedikit.Pada satu hari,Harris menjerit-jerit memanggil namanya setelah pulang dari kerjanya.Keadaan itu mengingatkannya pada trauma yang dialami olehnya apabila dia tinggal bersama-sama pak ciknya.Dengan tak semena-mena,Harris memarahinya kerana tidak menjawab panggilannya...lalu Izah memberitahu perkara sebenar yang sebenarnya dia datang bulan...

Rakan Harris, iaitu seorang doktor menasihati Harris supaya jangan berikan tekanan kepada Izah...mereka berdua kemudian semakin mesra dari hari ke hari...tetapi perkara ini telah diketahui oleh ibunya,Dato' Sufiah.Keadaan menjadi lebih keruh apabila Mila,rakan sekolah Harris kembali ke Malaysia setelah habis belajar di US...Dari situ pelbagai halangan perlu ditempuhi Harris dan Izah bagi menyimpan rahsia antara mereka....aku tak nak cerita panjang sangat...so skip ke klimaksnya...klimaks filem ini ialah apabila Pak Dollah datang ke rumah Harris dan memberitahu segala kebenaran di sebalik apa yang berlaku....sebenarnya Dato' Sufiah sengaja reka-reka cerita memfitnah Izah supaya Harris dapat lupakan Izah dan juga memberitahu bahawa sebenarnya Izah masih setia pada suaminya itu.Selain itu,rahsia gelap ibu Harris turut terbongkar apabila Harris diberi sepucuk surat yang ditulis oleh Tan Sri Rasyidan sendiri. Pak Dollah juga menyatakan bahawa Harris adalah anak kandung Pak Dollah dan isterinya.Suami Dato' Sufiah,Tan Sri Rasyidan merayu kepada Pak Dollah supaya memberikan anak kandungnya untuk dijadikan anak angkat disebabkan Dato' Sufiah mengalami keguguran sebanyak dua kali.Keadaan ini turut mengejutkan Mila.Akhirnya dengan rasa kekesalan kerana terlalu percaya tanpa usul periksa kata ibunya,Harris kembali mencari Izah di kampungnya.Ditemani Mail yang tahu tempat Izah berada.Sebelum itu,Mail menasihati Harris supaya jaga Izah seperti dia menjaga dirinya sendiri.Tak lama kemudian,Mila pula muncul akhirnya untuk menyatakan kekesalannya merampas suami orang.Dia berazam untuk mencari cintanya sendiri.

Pengakhiran filem ini ialah happy ending...dimana Mila dapat juga mencapai impiannya menjadi seorang artis poplar...Izah dan Harris dapat kembali bersama dan bermesra lebih erat lagi...nilah kali pertama aku layan cerita2 cam Ombak Rindu ni....bila tengok sorang2 terasa kesan tersiratnya...


Apa-apa pun,ni hanya aku ceritakan apa yang aku tahu dalam filem Ombak Rindu tu....kalau nak tau cerita sebenarnya....layanlah di pawagam atau hanya muat turn daripada internet...mudah je kan???


ok,aku habiskan entri aku dengan ucapan ASSALAMUALAIKUM w.b.t....


PEACE NO WAR PEACE!!!

Monday, February 6, 2012

Keramat...

tengok kat kedai makan tadi dari pukul 3 hingga 4.30 petang...Diarahkan oleh Azhari Mohd.Zain.Dilakonkan oleh Zul Handyblack, Rabecca Nur, Mon Ryanti, Adey Syafrien, Putri Mardiana dan Diana Amir.Tayangannya adalah 12 Januari yang lepas

Ceritanya bermula apabila Habib difitnah memburuk-burukkan Mustika...Akibat daripada itu,abang Habib,Jabar dan orang-orang kampung mengelilingi Habib dan memukulnya.Jabar cuba membuka kain yang menyelubungi wajahnya tapi mati akibat cahaya yang terkeluar dari wajahnya itu..

Kemudian,cerita mula beralih kepada Nazmir dan Nasti,Syazura dan Munirah...Dimulakan dengan mimpi  ngeri Syazura kehilangan bayinya akibat dimakan syaitan.Syazura menjadi tidak keruan.Dr.Najwa cuba membantu mengesahkan sama ada Syazura mengandung atau tidak.Kemudian suaminya, Nazmir yang secara tidak sedar melukis gambar yang tidak diketahui...kemudian berjumpa dengan Nasti dan Dr.Najwa untuk mengetahui tempat yang dilukisnya itu...Sejak daripada itu Nazmir dan Syazura bercadang untuk pulang ke kampung...diikuti Nasti dan Munirah...tiba sahaja di kampung,pelbagai peristiwa pelik yang mendatang pada keempat-empat watak.Antaranya, Munirah menghentakkan kepalanya ke ''busut'' yang menjadi tempat tongkat yang dikatakan rohnya hitam yang arusnya berdarah yang dahulunya adalah tongkat yang membawa kekuasaan yang tidak terhad.Nazmir tiba-tiba bengis apabila Syazura tidak tahan di kampung itu dan balik ke Kuala Lumpur,Nasti bernafsu untuk dapatkan tongkat itu,dan Syazura berasa gelisah tinggal di rumah dan kampung itu.Satu persatu rahsia masa lalu dibongkar dalam perjalanan cerita itu.Pengakhiran filem adalah tragis dimana semuanya mati...bermula dengan Nazmir membunuh Munirah kemudian dibunuh oleh Nasti dan akhirnya dibunuh oleh Syazura dengan sebilah kapak..Dr.Najwa juga turut terbunuh dalam akhir cerita ini...dan Syazura menghilangkan diri menjadi gila kerana membunuh orang yang tersayang dengan tangannya sendiri akibat nafsu yang tidak terkawal.

Apa-apa pun untuk tahu lebih lanjut,tontonilah Keramat di pawagam berdekatan...cerita ini diklasifikasikan PG 13.Cerita ini hanya sekadar rekaan semata-mata.Tiada kaitan antara yang hidup dengan mati.Paling penting banyakkan berdoa kepada Tuhan agar hidup kita dilindungi-Nya..Dan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin ilmu untuk bekalan ke alam akhirat.Ok,itu je lah cerita....


want to see the screenshots?: surf http://jiwang.org/malay-movies/188303-keramat-2012-dvdrip.html
all credit goes to the website

itu je lah aku nak cerita hari ini...
signing off,goodbye everyone...

Wednesday, February 1, 2012

1/2/2012

hari ni dah masuk 1 februari 2012...cepat sangat masa berlalu ye...
Aku dah lama rancang untuk share apa yang aku tahu tentang Bahasa Melayu...akhirnya hari ni adalah entry aku yang pertama berkaitan dengan Bahasa Melayu

hari ni aku baca sisipan Utusan Malaysia bahagian ADaP (Akhbar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran)   bahagian Munsyi Bahasa oleh Muhammad Salehudin Aman...sebenarnya aku buat entry baru dan seterusnya ni khas untuk pelajar STPM yg mengambil aliran Sastera dan juga kepada pembaca blogger di luar sana...entry first aku berkaitan tentang bab Semantik..iaitu Homograf Berimbuhan...

first of all,tahukah Homograf?? 
kalau tak tahu, takpa...Homograf ialah sama ejaan,berlainan bunyi dan maknanya.


contoh:
menyepak


e taling : menendang (contoh ayat : Hamid menyepak bola)
e pepet : melempang (contoh ayat: Salina menyepak muka adiknya)




sekarang ni berbalik pada tajuk utama yg aku nak cakap ni...homograf berimbuhan adalah ejaan yang sama pada perkataan selepas diimbuhkan,tetapi bunyinya dan maknanya berlainan seperti dalam mukadimah tadi...

contoh 1
mengemas 
kata dasar ( i(emas),ii (kemas))
i - menyerupai emas (Dia sedang mengemas rantai itu)
ii - mengatur dan menyusun dengan rapi (Ali mengemas bilik tidurnya)

contoh 2
mengelokkan
kata dasar ( i(elok), ii (kelok))
i-menjadikan cantik (Saya sedang mengelokkan perhiasan di rumah)
ii-menukar haluan (Halimah mengelokkan haluannya ke Nilai kerana lebuh raya ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan)

contoh 3
mengurus
kata dasar (i (kurus), ii (urus)
i - gemuk jadi kurus ( Kebelakangan ini, Aziz semakin mengurus)
ii - mengatur,menjaga dengan rapi (Khalid mengurus syarikat milik arwah ayahnya) 

sebenarnya untuk memahami homograf seperti ini, kita perlu faham maksud keseluruhan ayat barulah kita dapat tahu maksud yang disampaikan dalam suatu ayat


untuk lebih lanjut tentang bahagian Munsyi Bahasa sila layari laman sesawang ini...
http://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Munsyi%20Bahasa

aku akan postkan entry baru lagi berkaitan dengan bahasa Melayu...tak salahkan kalau aku sebarkan ilmu yang dah ada...apa-apa pun aku akan teruskannya dalam entry blog yang akan datang...sekian sahaja untuk hari ni...

sekian sahaja untuk hari ini....
signing off...

and  CHIAOW!!!