Tuesday, August 23, 2011

hari ni...HHMMMmmmpphhhh....LENGAI sangat!!!!!!!..ni pun kira lagi baik daripada tahun lepas....rasa senyap pun ada...Sekolah tadi ada program bersama waris kat dewan sekolah tadi.Belajar subjek hari ni rasa kosong sikit.Ramai x datang sekolah...Hari ni baru aku dapat tahu apa itu sastera kitab (Hadiqat Al-Azhar wal Al-Rayahin) dengan sastera keagamaan (Inilah Hikayat Nur Muhammad).


Hadiqat Al-Azhar wal Al-Rayahin berkisarkan tentang perjalanan hidup Imam Shafie atau nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris Al-Shafii al-Matlabi.Beliau dilahirkan pada bulan Rejab/Syaaban di Ghazzah dan dibesarkan di Mekah.

Banyak kelebihan yang dimiliki beliau sejak dari kecil lagi antaranya ialah;


  • beliau boleh menghafaz Al-Quran sejak berumur 7 tahun
  • beliau boleh menghafaz kitab Muwatta pada usia 10 tahun.
  • Beliau memepelajari ilmu fiqah daripada mufti Mekah 
  • Beliau mendapat fatwa dan itjihad pada usia 15 tahun
  • Beliau mempelajari hadis dengan Ismail bin Ulyah dan Abdul Wahab bin Abdul Majid Al-Thaqafi
  • Beliau bermunazarah (berdebat) dengan Muhammad al-Hassan serta beberapa orang lagi termasuklah Bishr al-Murisi dari Baghdad.


Beliau menjadi ikutan semua umat manusia termasuk kita sebagai orang Melayu Islam dan disegani oleh semua orang.Berakhlak mulia,tajam akalnya tetapi menghidap penyakit buasir.

Beliau bahagikan hidupnya pada tiga bahagian sahaja;tak macam kita banyak sangat...
iaitu ILMU, SOLAT , dan TIDUR.Percaya tak Imam Shafie boleh khatam Al-Quran 8x sehari.Kita yg biasa2 ni ada smpai sekarang tak berkhatam al-Quran lagi...yg lagi teruk buta huruf al-Quran pulak tu....aku cakap ni bukan kat korang je,tapi aku pun sama je,tak berapa betul juga.Bayangkanlah....masya-Allah...

anyway,ni sebahagian daripada apa yg aku belajar kat kelas tadi...tentang sastera agama pula,ia berkisarkan tentang Nabi Muhammad s.a.w. Cuma ditambah tokok orang Melayu lama dengan menyelitkan unsur mitos dan lagenda


ia menceritakan tentang Allah s.w.t memfardhukan umat Rasulullah mengamalkan Rukun Islam.Sendiri tau-tau ma....

Allah juga telah menganugerahi Nabi 7 petala lautan iaitu singkatan SCARFIL
S-Sabar
C-Cahaya
A-Akal
R-Rahmat
F-Fikir
I-Ilmu
L-Latif


Allah s.w.t turut menciptakan Nabi,Malaikat,Syurga,serta unsur-unsur alam yang lain


Nabi Muhammad turut bertemu dengan Angin,Api,Air,Dan Tanah.


Allah s.w.t turut menurunkan kitab-kitab agama iaitu Taurat,Injil,Zabur dan akhirnya Al-Quran


Itu sajelah entry aku kali ni.....
Peace y'all,
Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment