Sunday, August 28, 2011

gaya bahasa puisi (requested by Amirul Iman)

aSSALAMUALAIKUm dan salam sejahtera semua...

hari ni aku nak gtau gaya bahasa puisi...konsepnya mudah..cuma ingat singkatan ini

S=Simile
I=Inversi
P=Personifikasi
E=Epifora
R=Responsif
M=Metafora
U=Ulangan
A=Anafora/Aliterasi/Asonansi/Alusi
H=Hiperbola


Huraian setiap singkatan


S=Perumpamaan sesuatu objek kepada objek lain
  => umpama,bak,bagai,laksana,seperti,ibarat
  contoh => cantik umpama bidadari
 Kesan gaya bahasa =>  perbandingan

I=Istilah yang disongsangkan
 contoh => sunti dara (sepatutnya dara sunti)
 kesan gaya bahasa => perbandingan

P=Perorangan/Memasukkan sifat manusia kepada bukan manusia
contoh => bulan tiada lagi mendandan wajah
kesan gaya bahasa => perbandingan


E=Perulangan perkataan di akhir baris secara berturutan
contoh => sudah terlambat untukku mengutipnya lagi,
                 kerana ia sudah tidak bernyawa lagi.
kesan gaya bahasa => penegasan

R= Perulangan perkataan di pertengahan baris secara berturutan
contoh => Ikatan kasih antara kamu dan aku,
                 Ikatan kasih antara aku dan ibu bapaku.
kesan gaya bahasa => penegasan

M= (i)Gandingan benda konkrit dengan abstrak
   = (ii)Memberikan gambaran berlainan daripada yang tersurat
contoh => (i) gunung harapan
                 (ii) ia menyapu potongan-potongan nasib,serpihan-serpihan masa depan,doa-doa   
                       temannya yang bertaburan 
kesan gaya bahasa => perbandingan

U=Perulangan perkataan dalam mana-mana baris dalam keseluruhan sajak
kesan gaya bahasa => penegasan

A=(i) Anafora,(ii)Aliterasi,(iii)Asonansi,(iv)Alusi
  = (i)Perulangan perkataan di awal baris secara berturutan
contoh (i) => aku sangat kasih padamu,
                      aku dahagakan kasih sayangmu
kesan gaya bahasa (i) => penegasan


* = (ii)Perulangan bunyi konsonan dalam satu baris
contoh (ii) => mengimbau memori lama bersama mamaku (ulangan bunyi konsonan m)
kesan gaya bahasa (ii) => keindahan bunyi


*= (iii) Perulangan bunyi vokal dalam satu baris
contoh (iii) => tidak kenal maka tidak cinta (perulangan bunyi vokal a)
kesan gaya bahasa (iii) => sama seperti (ii)


= (iv) selitan peristiwa-peristiwa penting dalam puisi (selalunya pada sajak)
contoh (iv) => jutawan DEB berganda,kaum lain sengsara
kesan gaya bahasa (iv) => perbandingan


H=perbandingan yang melampau-lampau
contoh => tanpa poster racun, sepanduk lipan
kesan gaya bahasa = perbandingan

*=Wajib ada dalam setiap puisi tak kira tradisional atau moden.
Tips utk exam= Dalam bahagian puisi  kedua-dua kertas sastera melayu,cari dahulu dua A baru cari gaya bahasa lain yg sesuai dalam puisi.Ia sangat membantu untuk dapat markah baik dalam bahagian puisi dalam peperiksaan nanti.


setelah explain panjang lebar..tiba masanya aku akhiri entry aku dgn ucapan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.

No comments:

Post a Comment