Sunday, August 28, 2011

English lesson 1 : Simple Tenses

Assalamualaikum dan salam sejahtera...aku dah lama fikirkan nak jadikan blog aku sebagai medium untuk pelajaran  tapi asyik tertangguh-tangguh...jadi kali ni,aku nak berikan korang tentang benda paling asas dalam Grammar;iaitu Simple Tenses.


Benda ni cikgu BI ajarkan kita daripada sekolah rendah sampai sekarang.pi mai pi mai tang tu jugak.tak dak benda lain dah.Simple present tense,past tense.Tapi,masalahnya kita ni sampai sekarang tak hafal lagi benda-benda camni.Walhal dah bertahun-tahun diberi benda yang sama.Tak ke pelik tu?

Maaf kalau terlebih sangat.Itu cuma permulaan sahaja.Ok,back to the topic.


Aku akan terangkan dalam dwi bahasa.


Simple Present Tense (perkara yang sedang berlaku).
Simple Past Tense (perkara yang sudah pun berlaku).

Simple present tense
How to distinguish (Cara nak mengenalinya)


Verbs (Kata kerja)
For single (he,she,it) => add s. eg: She plays netball
For plural (they,we)  => no s. eg: They play futsal


However,there is exception for single subject ( I and you)
(Walau bagaimanapun,terdapat pengecualian dalam saya dan anda)
eg:I play football/you play football


Words (perkataan)
Some of them change their spellings (for the single subject) eg: He tries to blackmail me (try => tries).This is easily noticeable.
(Sesetengah perkataan diubah ejaannya <= untuk satu subjek sahaja.Mudah untuk dikenal pasti.)


Verb to be
For single subject (he,she,it) => is eg:He is a futsal player
For plural subject (they,we) =>are eg:They are famous
For I => am (special case) .Eg: I am a student 
For you => are. Eg: you are a gamer

Simple Past Tense 
How to distinguish


Verb
Most verbs for this tense is the same .Uses the root word; just plus ''ed''
eg:played,gained,lied and etc...
Certain words change its spelling and pronunciation totally. Eg :went (go),held (hold)
Some of them change its spelling and pronunciation partially. Eg: forgot (forget)
Some of them remains the same even it is present or past tense. eg:cut,hit,put.


Verb to be
For I,he,she it => was. Eg: I was there
for you,they,we => were Eg:They were the best players

Itu jelah first lesson hari ini..Insya-Allah next time I will update this blog with next lesson.

gaya bahasa puisi (requested by Amirul Iman)

aSSALAMUALAIKUm dan salam sejahtera semua...

hari ni aku nak gtau gaya bahasa puisi...konsepnya mudah..cuma ingat singkatan ini

S=Simile
I=Inversi
P=Personifikasi
E=Epifora
R=Responsif
M=Metafora
U=Ulangan
A=Anafora/Aliterasi/Asonansi/Alusi
H=Hiperbola


Huraian setiap singkatan


S=Perumpamaan sesuatu objek kepada objek lain
  => umpama,bak,bagai,laksana,seperti,ibarat
  contoh => cantik umpama bidadari
 Kesan gaya bahasa =>  perbandingan

I=Istilah yang disongsangkan
 contoh => sunti dara (sepatutnya dara sunti)
 kesan gaya bahasa => perbandingan

P=Perorangan/Memasukkan sifat manusia kepada bukan manusia
contoh => bulan tiada lagi mendandan wajah
kesan gaya bahasa => perbandingan


E=Perulangan perkataan di akhir baris secara berturutan
contoh => sudah terlambat untukku mengutipnya lagi,
                 kerana ia sudah tidak bernyawa lagi.
kesan gaya bahasa => penegasan

R= Perulangan perkataan di pertengahan baris secara berturutan
contoh => Ikatan kasih antara kamu dan aku,
                 Ikatan kasih antara aku dan ibu bapaku.
kesan gaya bahasa => penegasan

M= (i)Gandingan benda konkrit dengan abstrak
   = (ii)Memberikan gambaran berlainan daripada yang tersurat
contoh => (i) gunung harapan
                 (ii) ia menyapu potongan-potongan nasib,serpihan-serpihan masa depan,doa-doa   
                       temannya yang bertaburan 
kesan gaya bahasa => perbandingan

U=Perulangan perkataan dalam mana-mana baris dalam keseluruhan sajak
kesan gaya bahasa => penegasan

A=(i) Anafora,(ii)Aliterasi,(iii)Asonansi,(iv)Alusi
  = (i)Perulangan perkataan di awal baris secara berturutan
contoh (i) => aku sangat kasih padamu,
                      aku dahagakan kasih sayangmu
kesan gaya bahasa (i) => penegasan


* = (ii)Perulangan bunyi konsonan dalam satu baris
contoh (ii) => mengimbau memori lama bersama mamaku (ulangan bunyi konsonan m)
kesan gaya bahasa (ii) => keindahan bunyi


*= (iii) Perulangan bunyi vokal dalam satu baris
contoh (iii) => tidak kenal maka tidak cinta (perulangan bunyi vokal a)
kesan gaya bahasa (iii) => sama seperti (ii)


= (iv) selitan peristiwa-peristiwa penting dalam puisi (selalunya pada sajak)
contoh (iv) => jutawan DEB berganda,kaum lain sengsara
kesan gaya bahasa (iv) => perbandingan


H=perbandingan yang melampau-lampau
contoh => tanpa poster racun, sepanduk lipan
kesan gaya bahasa = perbandingan

*=Wajib ada dalam setiap puisi tak kira tradisional atau moden.
Tips utk exam= Dalam bahagian puisi  kedua-dua kertas sastera melayu,cari dahulu dua A baru cari gaya bahasa lain yg sesuai dalam puisi.Ia sangat membantu untuk dapat markah baik dalam bahagian puisi dalam peperiksaan nanti.


setelah explain panjang lebar..tiba masanya aku akhiri entry aku dgn ucapan

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, August 23, 2011

hari ni...HHMMMmmmpphhhh....LENGAI sangat!!!!!!!..ni pun kira lagi baik daripada tahun lepas....rasa senyap pun ada...Sekolah tadi ada program bersama waris kat dewan sekolah tadi.Belajar subjek hari ni rasa kosong sikit.Ramai x datang sekolah...Hari ni baru aku dapat tahu apa itu sastera kitab (Hadiqat Al-Azhar wal Al-Rayahin) dengan sastera keagamaan (Inilah Hikayat Nur Muhammad).


Hadiqat Al-Azhar wal Al-Rayahin berkisarkan tentang perjalanan hidup Imam Shafie atau nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris Al-Shafii al-Matlabi.Beliau dilahirkan pada bulan Rejab/Syaaban di Ghazzah dan dibesarkan di Mekah.

Banyak kelebihan yang dimiliki beliau sejak dari kecil lagi antaranya ialah;


  • beliau boleh menghafaz Al-Quran sejak berumur 7 tahun
  • beliau boleh menghafaz kitab Muwatta pada usia 10 tahun.
  • Beliau memepelajari ilmu fiqah daripada mufti Mekah 
  • Beliau mendapat fatwa dan itjihad pada usia 15 tahun
  • Beliau mempelajari hadis dengan Ismail bin Ulyah dan Abdul Wahab bin Abdul Majid Al-Thaqafi
  • Beliau bermunazarah (berdebat) dengan Muhammad al-Hassan serta beberapa orang lagi termasuklah Bishr al-Murisi dari Baghdad.


Beliau menjadi ikutan semua umat manusia termasuk kita sebagai orang Melayu Islam dan disegani oleh semua orang.Berakhlak mulia,tajam akalnya tetapi menghidap penyakit buasir.

Beliau bahagikan hidupnya pada tiga bahagian sahaja;tak macam kita banyak sangat...
iaitu ILMU, SOLAT , dan TIDUR.Percaya tak Imam Shafie boleh khatam Al-Quran 8x sehari.Kita yg biasa2 ni ada smpai sekarang tak berkhatam al-Quran lagi...yg lagi teruk buta huruf al-Quran pulak tu....aku cakap ni bukan kat korang je,tapi aku pun sama je,tak berapa betul juga.Bayangkanlah....masya-Allah...

anyway,ni sebahagian daripada apa yg aku belajar kat kelas tadi...tentang sastera agama pula,ia berkisarkan tentang Nabi Muhammad s.a.w. Cuma ditambah tokok orang Melayu lama dengan menyelitkan unsur mitos dan lagenda


ia menceritakan tentang Allah s.w.t memfardhukan umat Rasulullah mengamalkan Rukun Islam.Sendiri tau-tau ma....

Allah juga telah menganugerahi Nabi 7 petala lautan iaitu singkatan SCARFIL
S-Sabar
C-Cahaya
A-Akal
R-Rahmat
F-Fikir
I-Ilmu
L-Latif


Allah s.w.t turut menciptakan Nabi,Malaikat,Syurga,serta unsur-unsur alam yang lain


Nabi Muhammad turut bertemu dengan Angin,Api,Air,Dan Tanah.


Allah s.w.t turut menurunkan kitab-kitab agama iaitu Taurat,Injil,Zabur dan akhirnya Al-Quran


Itu sajelah entry aku kali ni.....
Peace y'all,
Assalamualaikum...


Monday, August 22, 2011

new updates...

Hallo...dah lama x update blog ni...

hmm..
apa nak cerita ye..

hah..!!!
tapi dah lupa la!!...

takpe la cite je la..

makin lama makin cepat rasa berlalu..macam 1 hari =  1 jam
pejam celik pejam celik
dah nak dekat habis ramadhan ni..
semakin rasa sedih ramadhan meninggalkan kita..

tapi aku tertanya-tanya mengapa bila tiba ramadhan semua bermalas-malasan,
sedangkan bulan nilah bulan kita lebih dekatkan diri padaNya
tapi bila tiba nak raya,kita rasa seronok dan beria-ia
nak itulah inilah,tapi tidakkah terfikir sebenarnya puasa mengalakkan kita bersederhana,
daripada membazir tak tentu hala
begitu juga dengan hari raya.
Aku pun tertanya-tanya dalam diri aku sendiri juga,adakah dalam bulan ni aku berjaya ubah diri aku untuk jadi lebih baik?
Aku masih berfikiran negatif bahawa aku takut untuk berubah.
APA SALAHNYA BERUBAH!!!!!!???BERUBAH KEPADA LEBIH BAIK???!!!!!!!!!!!!ADAKAH SALAH???!!!!!!
Aku  juga melihat kebanyakan orang puasa,alhamdulillah bagi sesiapa yg betul-betul berpuasa tu tapi ada segilintir yang tak menghayati sepenuhnya apa itu puasa selain daripada menahan makan dan minum.

macam-macam aku nampak...dan korang fahamilah sendiri apa yg aku cakapkan ni...
itu sahaja entry aku kali ni..
chow walow!!!
oh lupa..!!selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir batin