Sunday, September 25, 2011

Teknik Jawab Sastera

Semalam,sekolah aku anjurkan Teknik dan Tips Jawab Subjek Sastera MElayu (hentam jelah nama)..
hanya kelas aku dengan budak lower 6 sekali dengan budak Bukit Merchu, Bagan Serai, RPK yang ambik sastera di Bilik Mesyuarat SMK Clifford.Penceramah seperti tahun jugak, Tuan Haji Saidi dari Kampar (nama sekolah tak tahu) dengan Cik Saripah bt Khalid (sama jugak tak tahu nama sekolah). Dipengerusikan oleh member aku,Solehin...pergh..terbaik!! yang paling beshnya pantunnya "Burung Rajawali Mencari Calon Isteri"

Ahh!!,aku datang lambat,8.15 pagi baru sampai masuk ke dalam...
Sesi dimulakan dengan kertas 2.Slot dipenuhi dengan aktiviti yang seronok.Antaranya nyanyian. Akulah ketua diorg...Nyanyi lagu Wajah-Jaclyn Victor dan Warisan- Sudirman. Seronok betul...bukan setakat nyanyi malah fahamkan apa yang ingin disampaikan,KArya kreatif menggunakan tajuk2 cerpen dan sajak yang masih belum keluar lagi.So pandai2 la nak wat camne..sajaknya aku akan poskan dalam entry yang seterusnya.Dapat juga buku nota kecik berwarna pelangi...lawanya...

Pastu kertas 1 lak...memang dikatakan kertas nilah yang paling susah bagi budak sastera.Nak kena baca sulalatus salatin yang panjang berjela tu pastu baca lagi teks mutiara sastera tradisional yang susah lagi nak fahamnya terutama sastera bukan naratifnya...dengan situasi sekarang ni...mangkor wehhh....mangkor kita!!!!...

Diselitkan lawak2 komedi dalam sesi tu jugak...terbahak2...penceramah memberikan satu tips yg berguna bagi menghadapi masalah ini...buat jadual bahagi kepada tiga (aspek) ,(fokus), dan (bab).contoh: unsur-unsur tertentu. Spesifiknya unsur pathos. contohnya,Dalam bab 4 bahagian I,II dan sebagainya.Baru aku tahu cara tu.kalau macam tu lagi senang lah teks tu difahami...pendek kata jadikan teks tu sebagai rujukan.


Tip yang satu lagi: kalau dah dapat ilmu jangan simpan,luahkan samada secara seorang diri atau berbincang dengan kawan untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih lanjut.Tip ini yang selalu aku gunakan untuk jawab soalan terutama soalan esei.Nampak macam gila tapi nak buat camne,guna sahaja tip ni sebab nak ingat.


Habis sesi tu,balik jap prepare g kenduri rumah member kakaknya kawin.Dekat Kampung Ulu Ribu.Lalu ikut Kati.Makan2,enjoy kat sana...balik kut nak g Sauk..fuu..jauhnya...


tu je lah nak cite..







No comments:

Post a Comment