Monday, September 26, 2011

hari ni aku dapat keputusan penuh trial...ALHAMDULILLAH, naik jugak..tak pernah aku rasa sebagus ni...bukan aku nak bangga sangat...subjek Pengajian Am aku down teruk...hampir ke gred C-,tu pun cukup-cukup makan je.Bahasa Melayu 73,Sastera Melayu 73, Seni Visual 67. Nampaknya tak sia-sia apa yang belajar selama aku masuk form 6 dari tahun lepas walaupun aku tiap-tiap hari aku nampak macam main-main je. Aku dah menujukkan peningkatan yang ketara.Aku sudah semakin menghampiri sasaran yang aku ingini.


Insya-Allah,dengan izin Allah s.w.t.,aku akan capai matlamat aku dalam STPM tahun ni iaitu:


PENGAJIAN AM = A-
BAHASA MELAYU = A
SASTERA MELAYU = A
SENI VISUAL = A-


CGPA = 3.00 ke atas dan 4 PRINSIPAL A


Aku takkan sia-siakan segala pengalaman yang aku dapat kat Clifford sepanjang dua tahun ni...segala apa yang aku belajar tidak kira daripada cikgu atau daripada rakan-rakan seangkatan aku takkan  lupakan selepas habis STPM sebenar nanti.Aku juga takkan lupa untuk perbaiki hubungan aku terutamanya kepada-Nya.Sesungguhnya DIalah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani selain sesama keluarga serta rakan-rakan.


AKhir KAta,aku hanya boleh mengucapkan
ALHAMDULLILAH, ALHAMDULLILAH, ALHAMDULLILAH!


sekian,CHOW!!!


ni terdapat beberapa gambar motivasi bukan sahaja untuk korang semua tapi juga untuk aku sama.



No comments:

Post a Comment