macam-macam perasaan aku minggu ni...
first of all,gembira...
aku rasa sangat gembira sebab pointer aku dah meningkat dalam ujian selaras 1...alhamdulillah drpd 2.33 tahun lepas naik jadi 2.50.Itu adalah peningkatan yang sangat memberangsangkan bagi aku..dan sasaran aku untuk periksa pertengahan tahun,aku sasarkan pointer 2.67 keseluruhan..sastera,pengajian am dengan bahasa melayu aku telah sasarkan gred B+/B/B-
seronok...
main badminton sama-sama...dari kul 5.00 pm sampai 7.00pm ...dapat belajar benda baru selain apa yang selalu aku buat..dan juga peningkatan yang lebih baik...aku boleh dapat pukul shuttle dengan betul...tapi itu perlu dipertingkatkan dengan reaksi...sebelum tu renew lesen L untuk 6 bulan..ingat mahal sangat upanya 6 ringgit je..kat post office kebetulan jumpa cikgu Hamimi dan cikgu Khadijah kat situ..dan beli gam 3 saat..huu kasut aku dah lekang...sebab terlanggar ekon waktu aku habis belajar motosikal
minggu ni jugak aku dapat banyak pengajaran diatas kebodohan aku sendiri...
pertama:kalau bercakap fikir dahulu,jangan fikir ikut sedap diri...
kedua:jangan rasa diri perfect sangat sampai menjatuhkan orang lain...
ketiga:kerana mulut badan binasa...itu yang aku dapat ungkapkan...
keempat:kalau nak tinggalkan motosikal,pastikan bawak kuncinya sebab kalau tinggalkan habis kena curi
kelima:kalau nak pergi ke mana dengan kawan pun beritahu dahulu,jangan menyusahkan orang lain..
keenam:kalau ada apa2 pun gtau member dulu,jangan gtau orang lain.
kalau dah tahu takpe,ni idak,tak berubah langsung...
agaknya macam terowong,masuk keluar macam tu je...
sampai orang lain dah bengang dengan aku...akibat kebodohan aku yang aku dah lama tahu tapi tak pernah berubah.....
sekian entry aku hari ni,chow!!
No comments:
Post a Comment