Friday, July 8, 2011

Alhamdulillah...

Aku bersyukur sebab aku dapat bantuan kerajaan melalui pemberian netbook 1Malaysia.Aku cukup berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki pada aku walaupun aku dah ada komputer dgn Streamyx di rumah..Tapi apa-apa pun aku kena jaga netbook ni elok2 sebab ni bukannya beri percuma camtu jer.Kalau ikutkan beli netbook ni mau RM900.Ni dah okey kerajaan bagi lappy ni.Lepas ni aku boleh buat assignment aku bila-bila masa aku mau.

Aku nak cerita event minggu lepas;
Sabtu
Larian 1 Murid 1 Sukan yang berlangsung serentak seluruh Malaysia tepat 7.45 pagi.Pusing kawasan sekolah Clifford.Aku tak lari tapi jadi medik andai kata ada kecemasan.Dapat gak sijil peringkat kebangsaan ditandatangani oleh Menteri Pelajaran sendiri.Ada kelas sastera lepas rehat tapi tak masuk kelas pergi PSS baca buku.Kantoi dengan cikgu sastera setengah jam kemudian.Tak kisahlah semua tu.

Lepas tu g UK picnic celebrate bufday aku buat first time.Tak pernah aku wat camni selama ni.Dah plan lama,1 bulan lebih.Ramai gak yang pergi.diorg bwk makanan.Sosej,roti,bihun dan macam-macam lagi.Memang enjoy sambil mandi kat situ.huuu,sejuk airnya macam mandi pagi dan nyaman rasanya.Dapat lupakan masalah buat seketika.Aku rasa terharu dan enjoy diorg wat camni kat aku.Dah habis picnicnya,kitorg balik.On the way nak balik tu kat Arowana,kawan aku terterap atas jalan..tak tau kenapa...tapi nasib baik dia tak apa-apa,cuma calar sikit je.NAsib baik ok.Waktu nak balik tu awan gelap dah nak hujan.nasib baik sempat balik rumah.

Anyway,everything's fine;all according to plan
Sekian chow chow chow....

Friday, July 1, 2011

Hari ini dan semalam merupakan hari paling excited bagi aku...
Semalam aku menyambut hari lahir yg ke-19...
ohoh...19...dah meningkat usia dan mencapai status lewat remaja..ohoho...
ramai yang wish kat aku semalam...
seronok aku..

hari semalam jugak filem2 baru kat wayang dah keluar
1:Transformers:Dark of The Moon

2:Monte Carlo

3:Sekali Lagi

dan jugak hari sukan SMK Sayong dengan SMKRMM
banyak event jatuh pada tarikh yang sama semalam...terbaiklah..

Hari ni lak,aku tempah kek chocolate moist tertulis nombor 19 kat tengah...bawak kat kelas,dan enjoy makan kek...beshnya..dapat kongsi dengan orang lain...rasa terbuka hati....

esok lak aku datang sekolah untuk larian 1 Murid 1 Sukan yg dilancarkan esok serentak di seluruh Malaysia pukul 7.45 pagi.Larian ini akan dicatatkan dalam Malaysia's Book of Records di mana larian dengan penyertaan yang terbanyak di Malaysia.Walaupun aku hanya join untuk jadi medik andai kata ada kecemasan yang tak disangka,tapi puas hati jugaklah dapat sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran sendiri.Peringkat Kebangsaan..Memang cukup memebantu aku untuk dapat markah ko-ku lebih tinggi dan berkelah kat Ulu Kenas lepas habis sekolah bersama member-member.Memang best minggu ni...

Monday, June 27, 2011

SANTEEKEE - Realiti Insan

Exciting event of the day...

Fuu...banyak betul aktiviti menarik hari ni...
memang antara terbaik lah...

memang seronok aku kerja bidan terjun hari ni...untuk petang tadi acara saringan...jadi pengadil acara larian dan ambil bahagian lari 8x100 meter form 6.perghh....walaupun dapat nombor last,tapi takpe,happy rasanya,lepas jugak limit break aku...wahahaha.....aku berlari sekuat mungkin,tak peduli dah...ahhh,pecut je lah!!!!!pas tu aku dapat pujian daripada cikgu2 kat situ.tapi aku tak boleh nak bangga sangat...aku berjaya keluar daripada had keupayaan aku sendiri.....

Itu aja perkara yang menarik aku nak perkatakan hari ini...

MOOD Hari ni:Exaggerated,Exhausting,and Fun

Monday, June 13, 2011

MUET results....

hah..akhirnya hari ditunggu-tunggu telah tiba...tgh malam tadi dah keluar keputusan MUET mid-year...
Kul 10.40 ambik results kat bilik gerakan.Kitorang semua rasa x sabar nak tgk result.Sungguh aku tak sangka,tercapai jugak apa yg aku hajati sebelum ni,band 4 dengan jumlah markah terkumpul 189/300.Alhamdullilah,syukur aku kat Allah dapat jugak.Aku pun tak sangka jugak Shakrinal pun dapat band 4 gak.Lagipun dialah closest rival aku dalam MUET ni.Dia kurang 6 markah daripada aku.Well,aku tak boleh nak cakap besar sangat.Tapi pencapaian itu boleh dibanggakan bagi kelas aku,7A3..Sekarang ni,tinggal setapak lagi ke universiti yang bakal aku tujui.Aku sangat berminat dalam bidang TESL.Hanya selangkah sahaja lagi nak mencapai impianku sebagai seorang guru Bahasa Inggeris.Selain itu,Yoshini,Lakshman,dan Vibulan pun dapat band 4,Dila,Sam dapat band 3.Aku turut berbangga dengan diorang semua.Kepada kawan-kawan lain yang dapat band 1&2,don't give up.Try harder and harder.Insya-Allah boleh korang berjaya dalam MUET.Kiranya kalau nak diikutkan yang dapat band 3&4 ialah seramai 7 orang.(anggaran).Overall,alhamdulillah.
Aku perlu kotakan nazar yang telah aku buat,kalau aku dapat band 4 MUET,belanja makan bakso.Aku tak kisah.sangat.Lagipun kalau tak ditunaikan,berdosalah kiranya.Tapi setakat ini,aku tak boleh nak bangga sangat dengan pencapai ni,sebab STPM akan datang tak lama lagi...so aku perlu pertingkatkan diri aku supaya aku dapat capai apa yg aku nak dalam STPM 2A dan 2A-...Usaha lebih gigih lagi,insya-Allah pasti berjaya.


Sekian entry aku kali ini...
CHIAOW...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Friday, June 3, 2011

Aku ada baca akhbar Utusan tentang Konsert 30 Seconds to Mars (MTV World Stage) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor (PKR) bertempat di I-City,Shah Alam,Selangor pada 24 Julai nanti walaupun mendapat bantahan keras daripada PAS,dan PERKASA Selangor. Kerajaan Selangor membuat perkara sebegini atas alasan mempromosikan Shah Alam ke peringkat antarabangsa.Dan I-City berhampiran dengan kawasan perumahan..mana boleh camtu..memang tak boleh tidur la alamatnya penduduk kat situ.

Memang betul tiada penggunaan alkohol,dadah dan rokok serta tempoh konsert sehingga pukul 12.00 tengah malam tetapi walaubagaimanapun,pada pendapat aku kita mesti fikirkan apa yang bakal berlaku jika terus dianjurkan.Muncullah pergaulan yang tidak terbatas dan bermacam-macam lagilah,yang lain-lain tu fikirlah sendiri ye..Sebab ini melibatkan generasi muda termasuk aku...Mereka membawa budaya bebas mereka sehingga boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda.Bukannya apa,sekarang ni macam-macam terjadi akibat pembawaan pengaruh negatif walaupun boleh menjana pendapatan melalui kemasukan lebih ramai pelancong asing melalui peminat kumpulan itu..

Isu ini mengingatkan aku tentang apa yang terjadi kepada artis-artis luar negara contohnya seperti Linkin Park,di Stadium Putra Bukit Jalil pada Oktober 2003.Walaupun aku tak pernah pergi sana, aku ada baca di internet tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi mereka ialah berkelakuan dan berpakaian sopan,tak boleh menjerit,beraksi lebih-lebihan dan sebagainya.Aku pun mula-mula fikirkan apa salahnya ada konsert macam ni,baru gempak.Tapi difikirkan balik,walaupun ia nampak remeh,tapi kerajaan sangat mengambil berat akan perkara ini kerana kita tak mahu negara dijajah sekali lagi melalui pemikiran...Imagine sendirilah kalau tak ada pihak yang membantah perkara ini...meamang kita akan terjajah sekali lagi..dan ingatlah kita semua tak nak kesilapan berlaku sekali lagi...sekali kesilapan sahaja sudah cukup...

Post ini hanya daripada luahan hati aku setelah membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini.Fikir-fikirkanlah...

Dan kalau boleh berikan komen/pendapat korang wajarkah penganjuran konsert ini diteruskan pihak kerajaan Selangor...

Sekian,Chow... 


Saturday, May 28, 2011

Event of the Month Mei..

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua..
aku rasa dah hampir sebulan lebih aku tak buka blog aku...
aku nak cerita events of the month bagi bulan mei....

7 ,9-13,17 Mei-Mid-year Exam...perah otak aku menggunakan kebijaksanaan aku menjawab soalan...subjek pa,bm.sastera,seni...fuuhhh,habis jugak 17 mei hari tu...

16 Mei Isnin - Hari Guru
Aktiviti hari guru memang best giler la...main boling kelapa,tuju tin guna bola tenis,pecah belon,isi air dalam botol,baling dart..ada yang lawak,mmg seronok la katakan..lepas tu wat persembahan untuk cikgu kat dewan  sekolah..perghh..happening siot...persembahan daripada pelajar2,cikgu2 dan termasuk sekali pengetua buat persembahan nyanyian.Aku tak nak lepaskan peluang ni dengan nyanyi lagu Insya'allah Maher Zain.....cukup merdu dan sungguh menyentuh jiwa...semua persembahan best dan sempoi belaka dan mendapat sambutan ramai..memang enjoy...

19 Mei-Lawatan ke Kompleks Mahkamah Taiping
Semua budak upper 6 termasuk aku g Kompleks Mahkamah Taiping..pengalaman pertama aku merasa suasana sebenar bila persidangan dijalankan...memang kena jaga kelakuan...kalau tak faham2 je la....daripada situ aku dapat banyak informasi tentang institusi kehakiman yang berkaitan dengan subjek pengajian am..prosiding dalam mahkamah kadang bergantung kepada jenis kes...kadang2 kejap kadang2 lama..sebarang alatan multimedia tidak dibenarkan dibawa ke sana..kalau nak gambaran,mesti lukis sendiri...handphone silent...overall memang best event kat situ...dekat2 kul 2 petang pergi taiping sentral makan2 shopping2 barang...planning aku tercapai dapat juga beli game yang lama aku tinggalkan waktu form 5 "Final Fantasy x-2"...haa..lepas sampai sekolah balik jalan kaki...tapi alhamdulillah ada orang yang baik hantar aku balik rumah...

24 Mei-Hari test JPJ
Cukup mendebarkan....JPJ datang ke Lubuk Merbau nak test motor dgn keter...sebelum tu Adam nasihat aku wat elok2 waktu test tu...aku tgk list sesi baru,aku nombor last,38..haaa...sabor je la...makin lama makin rasa nervous...huuu..lepas habis turn aku,lega aku rasanya...result aku dapat 19/20 utk bhgian 2,13/14 utk bahagian 3,alhamdulillah,aku lulus jugak..SYUKUR ALHAMDULLILAH!!!!memang pasni aku dapat P
,aku bolehlah bawak orang...cuma x konfem bila nak dapat...memang seronok rasanya...tapi sayang terlepas chance nak tengok kawan2 aku bentang penyelidikan rdk...malam ada tuisyen p.a dengan cikgu raja...memang bersemangat aku waktu tu...

25 Mei-Sehari bersama upper 6 dgn lower 6
Aku datang awal pakai uniform pbsm...pastu rush balik umah ambik seluar track..nasib baik sempat...datang sekolah balik sempat..pastu berlari ke tandas tukar baju...memang rush gila..hah...aktiviti yang dijalankan main futsal,bola jaring...memang seronok la...aku berperanan sebagai supporter....tolong apa yang patut..pastu kat dewan buat aktiviti yang lebih kurang sama seperti kem dua bulan lepas,iaitu membina menara paling stabil dan kukuh,pembentangan kumpulan dengan gaya trademark masing-masing,game kejujuran...memang terbaik....kemudian diakhiri dengan persembahan dari facilitator iaitu budak2 upper 6 termasuk aku...lagu realiti insan...nyanyi bersama2...

27 Mei -hari ini merupakan hari terakhir cikgu praktikum sains sukan,Cikgu Hamimi bin Majid...mula-mula tak berapa kenal cikgu ni...tapi bila dia join kem pra-u form 6 clifford dua bulan lepas,aku mula kenal cikgu ni satu persatu...daripada tak kenal langsung menjadi rapat...hari ini jugak hari akhir orientasi lower 6 ..pergh..pegi sana..makanan atas meja...alamak...sorry terlebih pulak...hari ni jugak ada taklimat bagi pengurus futsal untuk event ahad ni kat taman talang...segala-galanya diterangkan dari a-z...hahh...banyak benda perlu dibincangkan esok....


29 Mei- Hari Community Policing melalui Futsal kali pertama.Ini dibuat selaras dengan hari Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang telah bermula pada Jumaat yang lalu.Event ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Kuala Kangsar.Dimulakan dengan ucapan Dato' Seri Wan Khair-il,ADUN Parlimen Kuala Kangsar dan Dato' Ramli Zahari,ADUN Manong dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar di Kuarters IPD Kuala Kangsar kemudian merasmikan gelanggang futsal di situ dengan jayanya...sebanyak 95 penyertaan pasukan.61 untuk lelaki terbuka dan 34 bagi wanita terbuka dan sekolah terbuka. Hadiahnnya lumayan.RM1000 akan diberi kepada juara setiap kategori iaitu kategori lelaki terbuka,wanita terbuka dan sekolah terbuka dan juga melancong ke Pulau Pangkor dengan tajaan Dato' Ramly Zahari Menarik hadiahnya.Tak dilupakan juga,cabutan bertuah disediakan.Tiga venue digunakan untuk event ini.Satu di Gelanggang Futsal Bukit Chandan,di Kuarters IPD dan Taman Talang.Sekolah aku hantar 5 wakil pasukan.iaitu SMK Clifford,SMK Clifford Junior,Botak,Arus FC,dan Clifford Girlz.Selepas perasmian,semua peserta pergi ke venue masing-masing...lelaki terbuka di Gelanggang Futsal Bukit Chandan,dan di Kuarters IPD.Untuk wanita terbuka dan sekolah,peserta-peserta perlu pergi ke Taman Talang.Nasib baik dekat dengan rumah ayah aku kat Talang.Pada masa yang sama,Cikgu Hamimi datang melihat game futsal bersama-sama kitorang.Memang naik semangat kami..Event ini menjalankan sistem kalah mati.Aku hanya ceritakan game futsal membabitkan peringkat sekolah je.Team aku,Arus FC kalah pusingan awal dengan SMK Clifford dengan jaringan 1-0.Kecewa jugak tapi apakan daya,adat permainan,ada menang ada kalah.begitu juga dengan Clifford Junior.Clifford Girlz terus mara ke suku akhir kerana dapat bye pada pusingan pertama.Team Botak turut berjaya ke pusingan seterusnya.Masuk ke suku akhir,dpatlah tengok Clifford Girlz beraksi menentang UNIKL.Memang sengit giler ah...Memang first time aku tengok classmate perempuan aku bermain futsal walaupun main belasah jer..Goal Keeper Clifford Girlz,Izati fulamak memang cekap betul tangan dia jaga gawang.Aku kagum giler tengok dia beraksi first time..walaupun seluar dia terkoyak besar kat tepi...malu gila...~>_<~Memang terbaik dan harus dijadikan pujian kepadanya..walaupun kalah pada sepakan penalti 2-0...Pasukan SMK Clifford berjaya ke separuh akhir dengan menawaskan STMAA B.Pasukan Botak terkandas di suku akhir.Hanya team SMK Clifford sahaja harapan terakhir sekolah dalam event ini.SMK Clifford seterusnya berjaya ke akhir dengan jaringan 2-1 ke atas SMK Teknik dan Vokasional.Pada peringkat akhir pada sebelah malam di Kuarters IPD,SMK Clifford bertemu dengan SMK Simpang Beluru dan menjadi johan bagi sekolah terbuka mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 2-0.Memang gempak dan happening.Satu kepuasan yang sangat bagus bagi futsal players SMK Clifford..Aku di sini mengucapkan tahniah banyak-banyak buat players dan Cikgu Husaini dan Cikgu Hamimi dan have a great holiday in Pulau Pangkor.After all,they do deserve the prize and they deserved to get what they want.Aku rasa pengetua mesti terkejut gembira mendengarnya.Dan aku rasa kalau boleh,event ini perlu diteruskan bagi mencapai apa yang dikehendaki oleh kerajaan,iaitu salah satunya bersatu-padu melalui sukan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diamalkan dengan pemerintahan kerajaan kini.


Secara keseluruhannya,ini event memang
TERBAEKKKKKKK!!!!!!!!!!!!! dan STYLISHHHHHHHH!!!!!!!!!  
sapa yang x tgk event ni memang rugi gilerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!hah..hah.. semangat berkobar-kobar aku tak habis lagi...

setelah panjang berbicara,tibalah untuk mengakhiri pos ini dengan serangkap pantun..


Mak Jah pergi berjalan-jalan,
Berjalan jauh sampai ke Kelantan;
Setiap pertemuan pasti ada perpisahahan,
Segala jasa takkan saya lupakan.


Sekian,wassalam...HAVE A NICE DAY,Y'ALL and HAPPY HOLIDAYS......