Friday, June 3, 2011

Aku ada baca akhbar Utusan tentang Konsert 30 Seconds to Mars (MTV World Stage) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor (PKR) bertempat di I-City,Shah Alam,Selangor pada 24 Julai nanti walaupun mendapat bantahan keras daripada PAS,dan PERKASA Selangor. Kerajaan Selangor membuat perkara sebegini atas alasan mempromosikan Shah Alam ke peringkat antarabangsa.Dan I-City berhampiran dengan kawasan perumahan..mana boleh camtu..memang tak boleh tidur la alamatnya penduduk kat situ.

Memang betul tiada penggunaan alkohol,dadah dan rokok serta tempoh konsert sehingga pukul 12.00 tengah malam tetapi walaubagaimanapun,pada pendapat aku kita mesti fikirkan apa yang bakal berlaku jika terus dianjurkan.Muncullah pergaulan yang tidak terbatas dan bermacam-macam lagilah,yang lain-lain tu fikirlah sendiri ye..Sebab ini melibatkan generasi muda termasuk aku...Mereka membawa budaya bebas mereka sehingga boleh mempengaruhi pemikiran generasi muda.Bukannya apa,sekarang ni macam-macam terjadi akibat pembawaan pengaruh negatif walaupun boleh menjana pendapatan melalui kemasukan lebih ramai pelancong asing melalui peminat kumpulan itu..

Isu ini mengingatkan aku tentang apa yang terjadi kepada artis-artis luar negara contohnya seperti Linkin Park,di Stadium Putra Bukit Jalil pada Oktober 2003.Walaupun aku tak pernah pergi sana, aku ada baca di internet tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi mereka ialah berkelakuan dan berpakaian sopan,tak boleh menjerit,beraksi lebih-lebihan dan sebagainya.Aku pun mula-mula fikirkan apa salahnya ada konsert macam ni,baru gempak.Tapi difikirkan balik,walaupun ia nampak remeh,tapi kerajaan sangat mengambil berat akan perkara ini kerana kita tak mahu negara dijajah sekali lagi melalui pemikiran...Imagine sendirilah kalau tak ada pihak yang membantah perkara ini...meamang kita akan terjajah sekali lagi..dan ingatlah kita semua tak nak kesilapan berlaku sekali lagi...sekali kesilapan sahaja sudah cukup...

Post ini hanya daripada luahan hati aku setelah membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini.Fikir-fikirkanlah...

Dan kalau boleh berikan komen/pendapat korang wajarkah penganjuran konsert ini diteruskan pihak kerajaan Selangor...

Sekian,Chow... 


No comments:

Post a Comment