Thursday, July 26, 2012

Ramadhan menjelang lagi....

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua.

Ramadhan telah tiba 6 hari lepas...semua umat Islam menunaikan ibadah puasa.Puasa dari segi zahirnya bererti menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari.Dari segi syaraknya,ia bermaksud menahan diri bukan setakat lapar dan dahaga, malah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.Pada bulan begini, syaitan telah diikat dan pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka.Cuma yang tinggal ialah nafsu diri sendiri.Pada bulan ini ramai orang mengejar pahala yang besar yang ditawarkan berlipat kali gandanya oleh Allah s.w.t. dan adanya solat sunat tarawikh.Solat sunat tarawikh ada pada bulan Ramadhan sahaja,tidak terdapat pada bulan-bulan lain.Pada bulan Ramadhan, kita sebagai umat Islam digalakkan melakukan amal jariah kerana ganjarannya lebih besar jika dibandingkan dengan bulan-bulan biasa.Banyak kebaikan diperolehi daripada bulan puasa ni..Dalam post yang lain aku akan ceritalah ye...

Ramadhan tahun ini sunyi sedikit kerana kehilangan ayahku yang aku cintai selama ini sebulan lalu.Walau apa pun,beliau telah dilepaskan daripada seksaan dunia.Aku redha dengan pemergiannya.Lagipun Allah lebih sayangkannya.Bulan Ramadhan tahun ini akan aku jadikan batu loncatan untuk aku buat perubahan dari segi perwatakan aku sedikit demi sedikit...Aku dah mula solat 5 waktu ,bertarawikh yang tahun-tahun sebelum ni aku langsung tak pernah buat kerana aku tinggalkan yang wajib,iaitu solat 5 waktu.Diibaratkan seperti rumah tiada tiang,akhirnya runtuh dan jatuh ke tanah.Begitu juga dengan puasa bulan Ramadhan ni...banyak yang aku dapat perhatikan...

-Berpuasa tetapi tidak bersolat apabila masuk waktunya..
-Berpuasa tetapi tidak menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan...
-Berpuasa tetapi melakukan maksiat...dan bermacam lagilah

Bagi yang betul-betul faham konsep berpuasa bulan Ramadhan,tahniah dan teruskan usaha sehingga ke akhirnya...aku cuma cerita apa yang aku nampak,terpulanglah pada korang sendiri terima ke tak..ini cuma sekadar pendapat...Berpuasa tetapi tidak menjaga yang sepatutnya dijaga tidak membawa apa-apa makna langsung...hanya dapat penat kerana lapar dan dahaga...

Berbalik pada diri aku,aku berniat untuk berubah bukan untuk mendapat perhatian sesiapa sahaja,tetapi berniat demi Allah s.w.t. dan aku mesti istiqamah dalam melakukan perubahan begini.Memang pada mulanya aku berasa agak kekok,tetapi lama-kelamaan aku dapat menyesuaikan diri...

Oh,aku nak tamatkan entry aku kali ni...
Karang nak sahur,takut nanti tak sempat pulak,

Assalamualaikum w.b.t.
Sekian, terima kasih....  

Tuesday, July 17, 2012

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua.Sudah lama aku tak usik blog ini.Macam-macam perkara sampai aku tak boleh nak cerita banyak sangat...apa-apa pun...selepas Hari Raya Aidilfitri ni,aku akan berada di UiTM Bukit Mertajam kerana aku ditawarkan dalam course Sains Pengurusan Seni Kulinari atau dalam English,Science of Culinary Arts Management.Banyak perkara aku perlu selesaikan dalam masa yang terdekat ni...Aku tak menyesal pilih itu dalam UPU...aku mendapat banyak respons daripada keluarga,guru-guru dan rakan-rakan serta saudara-mara tentang tawaran yang aku dapat ni...tuah tak datang bergolek...Alhamdulillah,aku telah ditunjukkan Allah tentang pilihan yang aku bakal nak pergi ni.Pada pendapat aku,berbaloi aku masukkan bidang ni waktu nak memohon dalam UPU dulu.Aku fikir kalau aku hanya bagus dalam akademikal,susahlah aku nanti.Bagi aku bidang praktikal ni berikan aku pakej yang penuh,bukan setakat ilmunya,pengalaman juga dapat aku timba melaluinya.Ramai orang kata,bila masuk bidang ni,macam-macam benda aku kena tahu pasal makanan...apa-apa pun,cabaran-cabaran itu tetap ada,dan aku bersedia tempuhinya dengan sabar...digandakan lagi dengan kesungguhan,solat, dan doa kepada-Nya.

Oh,aku juga nak ucapkan tahniah pada rakan-rakan aku yang lain yang berjaya menempatkan diri ke universiti yang ditawarkan...kepada yang tak berjaya,jangan berputus asa...mungkin ada alternatif lain yang sesuai...Ok,banyak benda aku kena selesaikan hari ni,jadi Wassalamualaikum w.b.t...

Have a nice day!!!