Monday, March 19, 2012

JOM MASUK U 2012

Sepanjang dua hari (semalam dengan hari ni),area aku Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi ke-9 untuk karnival ini pada tahun ini.Ramai jugak yang datang,terutama waktu pagi dengan tengahari...Hmm...overall,aku boleh katakan best jugaklah...crowded betul..banyak universiti,kolej-kolej, yang terdapat dalam karnival JOM MASUK U 2012.Dan semestinya banyak goodies yang menarik untuk diberi kepada semua orang yang menghadiri...tak kiralah pelajar sekolah,lepasan peperiksaan,ia juga termasuk golongan pelajar U yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi.

Dalam masa 2 hari ni,ramai kawan lama, cikgu-cikgu ,saudara-mara, dan junior-junior aku dapat jumpa di sini.Hari ini yang paling aku paling tak sangka,aku boleh jumpa cikgu kaunseling,Cikgu Hamshah sewaktu dia praktikal di sekolah lama aku,SMK Sayong masa aku form 4.Heee,rindunya time tu...tengok cerita Bleach sama-sama slaam laptop dia...tak dapat aku lupakan...Errrhhh....ok that's it..you're out of topic!

Apa-apa pun,aku ke sana nak tahu U manakah yang sesuai bagi aku untuk mendapat tempat apabila first intake pada bulan September dilancarkan...ataupun second intake pada bulan Disember berdasarkan result STPM aku...aku rasa dgn result aku,mungkin aku boleh pergi jauh la...itu pun berdasarkan kelayakan...tambahan pula aku cuba untuk daftar ke Kolej Komuniti untuk belajar kemahiran...yelah..takde buat apa-apa baik masuk je,tak rugi pun...banyak kemahiran ditawarkan pihak kolej komuniti antaranya bidang pengkomputeran,fesyen,kulinari,pastri dan sebagainya...Aku pilih pastri kerana dekat je dengan tempat aku...senang untuk aku berulang-alik..

Dua kali masuk semalam,itupun mulanya berteman selepas itu masuk seorang...hari ni pulak aku masuk dulu, lepas tu masuk balik sebab aku teman kawan aku diikuti mak dia.Jalan-jalan pusing tempat sama lima enam kali,ahh..penat kaki...balik dalam pukul 4.30 petang camtulah...Takpe,pergi banyak kali apa salahnya...

Apa-apa pun lepas daripada ni aku dah tau U mana yang aku nak masuk dah...nak kemaskini semula permohonan upu aku selepas daripada karnival ini...Kalau boleh buatlah lagi di sini...best dowh!!! Karnival ini akan menjelajah ke Johor pada 24-25 Mac...dan akhirnya 31 Mac- 1 April di Selangor...



ok,itu je lah nak cerita hari ni...ok
SIGNING OFF,
FAREWELL....

Wednesday, March 7, 2012


sebenarnya aku nak cerita apa yang berlaku semalam dengan hari ini je...



Selasa dan Rabu (hari ini)  - 6 Mac dan 7 Mac
AKu lepak di Chandan macam biasa.Aku rasa gementar tul tunggu result esok harinya.Tapi tauke kedai tu cakap "apa nak takutkan,kita dah buat yang terbaik...dah usaha kita".AKu terima jelah nasihat dia.LAgi satu dia offer aku jadi cikgu untuk ajar anak-anak dia Bahasa Inggeris dan Maths dalam masa 6 bulan ni.Aku terima tawaran tu.Malam tu datang sekali lagi,tanya anak dia apa yang dia belajar di sekolah.AKu rasa gembira dapat jumpa member dari sekolah lama...sebab dia belajar kat Kolej Islam (sekarang ini KUISAS (Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah)) ambik banking.Jumpa gak Mus,Enal dengan Iman.Sembang2 jap dengan diorang...diorg tnya pasal aku kena reject keje kat Sakan minggu lepas..then diorg tanya aku aku boleh dapat berapa esok.Dengan yakinnya aku kata boleh dapat  pointer 3.42.

Hari ni keluar la result...tunggu kawan2 semua datang kat Sood...dalam kul 12 tgh hari camtulah...
Datang Dewan Hamdan banyak orang ada termasuk kawan2 lain yang lama ada kat situ,dan kaunselor2.Aku terkejut sungguh Cikgu Shafie ditukarkan ke Sayong balik dan Cikgu Zaid ke CLifford...hmm...takpe...tak kisah semua itu...jumpa semua cikgu balik....dan kawan2 lain...Cikgu kelas panggil nama aku suh bukak slip keputusan....aku takut sangat nak bukaknya sampai aku suh orang lain bukakkan untuk aku...bukak-bukak...pointer aku 2.75 sama macam no hujung nombor telefon rumah aku.Walaupun meleset jangkaan seperti apa yang aku katakan semalam,tapi at least aku dapat lepas pointer minimum.Tu pun cukup untuk aku.Yang penting hala tuju clear untuk aku.KAta kaunselor dan cikgu2 yang aku jumpa,diorang kata aku sesuai untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris...Plus,MUET aku band 4 so takde masalah nak pergi ke situ...sebab bagi cikgu lelaki mengajar BI memang kurang sangat...jadi peluang tu memang beri kelebihan kepada aku... walaupun pointer aku tak strong sangat...overall,aku rasa puas hati dan tak menyesal sangat apa-apa pun...

Anyway, All thanks to...

Tn.Hj.Ayub ,tanpa video atau movie lawak dariapda cikgu ,suasana pasti hambar....
En.Tarmizi , kerana cikgu seorang pemuzik yang hebat...
En.Khairol Amali, cikgu yang serius tapi sempoi....
Sir Zukei,simple and light-hearted
Pn. Hjh. Hapidah, tanpa lawak santai cikgu, mustahil untuk saya kuasai bm 1
Cikgu Raja Fazura, cikgu yang versatile...
Teacher Saniah, warm-hearted kind...
Cikgu Suzana Meli, tanpa cikgu,susah untuk saya disiplin.
Cikgu Samsuddin, "abah" di kelas saya...
Cikgu Meor Mohd, Jamil, tanpa prinsip FHC dan nasihat cikgu,mungkin saya tak berjaya...
Cikgu Nastipura, kerana selalu mendorong saya untuk berjaya..


dan semua guru yang mengenali saya termasuk cikgu2 praktikal tahun lepas...serta tak dilupakan all thanks to my friends who always be with me....


THANK YOU FOR EVERYTHING.....
Hope I will see you all back in one piece once I...yes I do