Monday, December 26, 2011

Lumut!!!!

Sepanjang 3 hari kat sana (termasuk hari ini) banyak aktiviti menarik aku dapat ikuti bersama-sama 16 orang kawan-kawan aku dan banyak pengalaman pertama yang dapat aku ceritakan di sini sepanjang 17 orang kami semua di sana

Jumaat - hari pertama --> Bertolak  ke Lumut pada second trip iaitu pada sebelah petang ikut Lempor.Terpaksa tunggu lama kerana masalah kenderaan ditambah lagi dengan cuaca hujan.Apa-apa pun tetap tiba di destinasi iaitu di dorm Chalet Seri Impian, berhampiran dengan pantai Teluk Batik hampir pukul 8 malam. Kemudian bertolak ke Lumut untuk berjalan-jalan di sana.Burn banyak duit main kat funfair,arghh...2 ringgit satu token.Kalau camtu tobat aku main kat sana.Baik beli benda lain..Makan stimbot,tangkap gambar,dan supper.Aku punya tak sempat nak makan, jadi bawak balik je la...kongsi makan dengan kawan-kawan...aku tak ikut kawan-kawan aku berjalan di pantai teluk Batik malam-malam selepas tu,sebab mengantuk sangat..susah nak tidur,ekon kuat sangat tambahan pula diorg sembang rancak sangat...


Sabtu- hari kedua --> terbaekkkk!!!!!Penuh dengan aktiviti sepanjang hari.Pergi kejap ke pantai Telik Batik sejenak berjalan dan ia ingatkan aku pada 11 tahun yang lalu pada tempat yang sama tahun 2000 Walaupun pada sebelah paginya hujan,tapi tak melemahkan semangat kami semua untuk melancong ke Pulau Pangkor.Bagi aku adalah pengalaman pertama bagi aku pergi ke sana. Ini kali pertama aku naik feri dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor.Sepanjang perjalanan, aku melihat TLDM sama seperti  10 tahun lalu.Setibanya di sana, kami semua menaiki van berpusing serata pulau itu.Banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti Kubu Belanda,Kilang Sate Ikan Pangkor.Tengahari tu mandi-manda di Teluk Nipah dan aktiviti snorkelling di Pulau Giam.Menarik betul...pada mulanya aku menggelupur sebab tak pasang betul-betul jaket keselamatan dan tarik salah seorang kawan aku sampai tercabut gogglenya,tapi akhirnya aku dapat sesuaikan diri berenang di situ tapi tak dapat masuk dalam air..masin airnya dan pedih mata...walaupun kaki kami semua ada yang luka-luka sikit...lepas tu tiba semula di Teluk Nipah pada pukul 4.30 petang sampai pukul 6 petang camtulah,kami pulang ke jeti semula untuk bertolak dari sana ke Lumut semula pada pukul 7.30 petang naik feri lain.Lagi seronok sebab dapat tengok dari dek di luarnya..Setibanya disana balik ke dorm untuk menjamah BBQ yang disediakan di chalet...habis belasah semuanya kecuali nasi goreng...dah makan banyak sangat..mengantuk tidur awal kul 9.30 malam...pada masa yang sama aku dipelawa untuk berjalan di pantai tetapi aku tolak sebab dah mengantuk sangat...


Ahad - hari ketiga (hari ini) --> klimaks dan peleraian aktiviti tiga hari.pagi-pagi main futsal jap..pastu gi teluk batik di depan chalet main bola tampar sekejap.aduss,kena tegur pulak..takpelah,nak buat camne...pastu mandi jap...dna main banana boat...seronok main...giler ah...terpusing dua kali...first masuk dalam air takde rasa apa-apa..bila second tu,aku rasa macam aku terhantuk kuat kat batu...
sakit jugak...tapi itu semua letak ke tepi, no pain,no gain...tengahari tu makan tenahari, pi jalan-jalan sekejap kat Lumut lagi sekali,pastu ke kedai Yusnami,yang jual hasil-hasil laut...lama jugak perjalanannya...tapi kali ni kami balik ikut Ipoh,tak ikut Manong...sebab keadaaan jalan ke Ipoh lebih selamat...rehat jap kat Shell minum sebentar sebab nak bagi enjin van sejuk dan isi air dalam tangki van supaya tak panas.Pukul 7 macam tulah,bertolak dari sana ke Ipoh ikut Simpan Pulai...lalu juga Seri Iskandar...besar jugak tempat tu...Sampai di Ipoh,lepak jap di Ipoh Parade pergi tengok main bowling...pastu turun dari PArade gi jalan kat deretan gerai berhampiran di situ..Boleh tahan la harganya...nasib baik ada duit lebih dalam bajet...dapatlah 8 ringgit sorang..anyway sebelum tu ada daripada kawan-kawan aku dihantar lebih awal atas kerisauan ibu bapa mereka..takpelah...lepak punya lepak,dapat tahu Asmidar pemenang Vokal bukan sekadar rupa musim 1.aku main cakap je,tapi tak sangka tepat sangkaan aku...agaknya kebetulan kot..kami bertolak balik pukul 11 lebih...sampai di sayong lebih kurang sejam lebih...berenti jap kat traffic untuk tukar van...dan aku akhirnya tiba di sini (50 minit yang lalu),pulang dengan perasaan gembira dan berbaloi kerana plan yang dirancang sejak dari awal lagi menjadi dan aktiviti semuanya seronok-seronok belaka dengan bajet yang ada.apa-apa pun aku akan ingati peristiwa ini sehinggakan aku akan ceritakan pada anak cucu aku nanti betapa indahnya pemandangan dunia dari kaca mataku...


Sambil aku ceritakan pengalaman ini,aku juga turut menerima pengajaran penting kalau nak pergi jauh-jauh...


pertama - duit mesti bawak lebih...
kedua - cek seluar dalam bersih ke tidak
ketiga - jangan boros perkara bukan-bukan...
keempat - nak jalan-jalan kat pantai jangan sorang-sorang lainlah kalau dah biasa dengan tempat tu

apa-apa pun aku sangat gembira sebab plan menjadi walaupun pelbagai kekurangan dihadapi sepanjang tiga hari kat sana...lagipun lepas STPM ni dah tentu tak jumpa dah pasni...sebab ikut haluan masing-masing dan mencari sara diri sementara menunggu keputusan STPM...AKu rasa sangat berpuas hati dan seronok kerana dapat pergi ke sana...mungkin lain kali kalau nak ke tempat lain,ajak aku ye...aku menanti pelawaan korang semua...berbaloi jugak ye pergi sana dengan kawan-kawan...better place better activities coming not to forget lots of money...

sekian...CHOW!!!!and anyway Selamat HAri natal dan Tahun Baru 2012..Peace y'all!!!!

Monday, December 19, 2011

ah,rindunya zaman persekolahan lalu,
terasa ingin ulangi masa itu,
setiap hari aku rindu,
bersama rakan-rakan dan guru,
yang berada bersama-samaku.

ah,rindunya pada waktu itu,
mengenang pahit manisku,
kerana bagiku,
segala pengalamanku,
banyak berpaut di situ.

ah,sungguh indah waktu itu,
berjumpa rakan-rakan baru,
dan para guru,
mengenali setiap baik burukmu,
yang bisa ku ingati sepanjang hidupku...

apakan daya masa cepat berlalu,
dan ia semakin laju,
masa yang ditinggalkan,
tidak berupaya mencapai; menjadi kaku,
persekolahan hanya tinggal di memoriku,
sebagai mengingati masa yang lalu...

semakin lama tua juga usiaku,
kenangan itu mungkin lenyap dalam ingatanku,
atau masih segar supaya aku boleh ceritakan pada anak cucuku,
pada saat ini,
masanya untuk aku,
keluar ke dunia sebenar mencari destinasi hidupku,
dan mendapat keredhaan Yang Satu,
yan bisa mengubah negatif dalam diriku,
supaya perubahanku,
takkan membazirkan hidupku,
demi masa depan hidupku.

Wednesday, December 14, 2011


Sudah hampir sebulan peperangan berlaku...begitu juga dengan blog aku tinggalkan sehari sebelum batch kami berangkat untuk menguji kemampuan diri kami.Akhirnya,hari ni iaitu 14/12/11,batch kami telah secara rasminya tamat tingkatan 6 dan meninggalkan sekolah buat selama-lamanya....hanya tunggu keputusan keluar sahaja...dan ini aku dedikasikan sajak yang dibikin aku sendiri khas untuk korang semua...




    Terlalu banyak memori
Suka dan duka dikongsi
  Pahit manis dirasai
Mencari masa depan yang diingini


Walau kita berpisah di sini,
     Segala keriangan tidak saling dilupai
Susah senang bersama dinikmati
   Melangkah ke alam dewasa kemudian hari...


Salah silap saling dimaafi,
   Terkasar bahasa jangan dipendami
Bergurau senda sebahagian dalam diri
   Kalau tiada manakan wujud kawan sejati... 


Apabila sudah menuju hala tuju
    Jangan dilupai teman seperjuanganmu
Yang banyak membantu
  Hidup lebih bermutu

yup...like I said...we are officially out of school after 1year and half be as form 6 students learn everything from A-Z...from friends and everybody around the school..we won't forget you all...thanks a lot for being together with us...


Harapan aku supaya batch aku terutamanya kelas 7 A 3 dapat semua prinsipal yang baik dan mencapai sasaran PNGK masing-masing seterusnya menuju ke menara gading seperti yang diingini dan dihajati oleh semua orang...


well,have a good vacation...because you all deserve it....