jugak...dan keadaan itu lebih teruk daripada kurang pandai akademik tapi pandai bergaul...
nak berkongsi ilmu,pengalaman,nasihat,pendapat dan semuanyalah...kena ada kawan untuk berkongsi sesama kita.Dalam Islam,berkawan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan...setiap manusia mana boleh berseorangan,mesti ada kawan sebagai penyeri kehidupan...Lagipun daripada berkawan juga,kita dapat belajar kehidupan yang sebenar terutamanya apabila keluar dari bangku sekolah.Sebab habis sahaja persekolahan,kita mengikut haluan masing-masing dan mungkin tak berjumpa.Sebab itu lah kita perlu menghargai kawan seadanya.
Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Sebagai peringatan para diri aku sendiri dan semua,aku membesarkan dan menebalkan sesetengah tulisan untuk dijadikan renungan bersama.
1.Mesti mempunyai ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku
2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul
3. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri
sahabat
4. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan bandingkan dengan diri kita sendiri kerana tak semua sifat kita baik belaka
5.Kita perlu Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat
6. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat hubungannya dengan insan lain
7. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Kita harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut
8. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen yang boleh memburukkan keadaan
9. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengada-adakan cerita yang tak sepatutnya
No comments:
Post a Comment