Saturday, February 19, 2011
HoME Alone...(keseorangan)
pernah tak rasa keseorangan bila takde orang kat rumah??
Ada tak kita terfikir benda yang nak sangat kita buat kalau takde siapa di rumah kecuali kita je...
layan inuyasha kat tv channel animax...2 jam tanpa henti..huhu...best pun best...
sambil makan nasi sorang-sorang...lepas nengok tv..lukis-lukis sikit...haa...tu yg interesting untuk hari ini..
Thursday, February 17, 2011
ahhhaaa...lawak bodoh...
hahaha....sungguh lawak....
begini kisahnya...
ada satu malam bertarikh 16/2/2011...aku menerima call daripada kawan aku sbb ada org nak belanja aku kat tempat biasa...aku fikir mula-mula diorg nak belanja aku betul-betul...lantas aku pun percaya la...kemudian aku mencari dompet aku tapi tak jumpa..kul 9:30 malam dorg datang ke rumah aku..aku dengan semena-mena tak berfikir panjang terus masuk ke dalam kereta... dan pergi ke tempat biasa...dgn berkain pelekat...tanpa dompet dan duit untuk dibawa.
selepas itu aku pun duduk bersama dorg..so dengan selambanya aku mengorder bakso dan milo ais tanpa segan silu..makan punya makan...ahh..leganya..tapi pedas sangat baksonya sampai suara aku takde langsung..lepas tu nak mintak duit bayar sendiri... alamak aku tak bawak duit pulak.....adesss...pada waktu itu,segan aku...ahhh...aku tak bawak duit dan dompet...ish..ish..ish..
dan uhh...aku diarahkan cuci pinggan walhal dah bayar pun....tapi takpe ini hari yang paling lawak aku penah buat dan lawak paling bodoh...
Punyalah segan waktu tu...aku malas nak bercerita lebih lagi...
So pengajarannya jangan lupa bawak beg duit kalo nak keluar rumah...
Lagi satu kena selalu beringat-ingat kalau nak keluar rumah...
kat bawah ni hnaya sekadar gmabar hiasan sahaja
Saturday, February 12, 2011
CHANGE.....
Itu hanya sekadar pembuka kepada post baru aku ni...lagipun kenapa aku nak tergedik-gedik nak writing English kat sini...aku kan orang Melayu,bukankah begitu??Lagipun aku bakal berperang dengan cabaran terbesar aku,iaitu STPM...tak lama lagi je..pejam celik pejam celik dah sampai harinya..walaupun terasa lamanya...tapi sebelum aku hadapi itu,aku kena ubah dahulu perkara remeh-temeh...mungkin selama aku tak terpikir sangat sebab asyik sangat dengan berkhayal.Tapi sekarang aku mula sedar sedikit demi sedikit,yang sebenarnya,aku perlu ubah yang remeh-temeh dahulu kemudian barulah perkara yang dirasakan penting...
dan benda macam ni kena bermula dengan yang dekat rumah dulu,baru kat luar sana tu...ni kalau rumah bersepah-sepah,sapa tak marah tengok rumah keadaan sebegitu rupa...dan dari situlah dapat kita wujudkan niat untuk berubah untuk diri sendiri dan seterusnya keluarga,masyarakat,negara...dan perlu bertindak segera dan berterusan dari hari ke hari...
untuk pengetahuan semua,Obama menggunakan perkataan ini dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat untuk meraih undi daripada rakyat mereka dan berjaya...hanya kerana satu perkataan sahaja CHANGE,boleh membawa pelbagai maksud tersendiri..terpulang kepada kamu semua untuk mentafsirkannya...
setakat ini sahaja..jangan lupa untuk tinggalkan komen...selamat berhujung minggu semua...