Monday, August 13, 2012

13/8/11

Oh...minggu ni adalah yang terakhir bagi bulan Ramadhan...banyak perkara telah aku lalui sepanjang minggu-minggu yang lalu...

-netbook aku down habis...takleh nak buat apa dah...nak baik boleh,tapi lebih baik tumpu ke arah yang lain yang diperlukan dahulu...

-berakhirnya sukan Olimpik di London 2012...macam2 yang aku tengok...4 tahun lagi di Rio Di Janeiro,Brazil...aku memang dah expect tema Samba dan fesyen carnival mesti ada...Apa-apa pun,bagi kontinjen Malaysia,tahniah diucapkan terutamanya kepada Datuk Lee Chong Wei,dan Pandalela Rinong kerana menyumbangkan pingat untuk negara (1 perak dan gangsa).Anda berdua adalah wira negara yang harus diberikan pujian yang terbaik...Tidak dilupakan kepada Encik Pocketrocketman, Azizulhasni Awang. Di sebalik apa yang berlaku, penyertaan anda dalam acara berbasikal keirin akhir sudah cukup memuaskan bagi saya...Kepada kontinjen Amerika Syarikat,tahniah diucapkan juga terutamanya atlet-atlet olahraga dan renang yang ada daripada telah memecahkan rekod dunia dan olimpik...walaupun atlet 400m kesukaan saya iaitu Jeremy Wariner tidak dapat pergi ke London tahun ini,saya tetap sokong anda ...dan saya berharap anda layak ke Rio nanti...setiap hari tengok live dari TV1 dan TV2 pada waktu sahur, dan waktu petang...tumpuan lebih kepada atlet negara...

-Urusan untuk masuk ke IPTA selesai..hanya perlu lengkapkan borang U,dan jalani medical checkup.. (2 hari je lagi dengan kawan aku).Lepas ni  nak list beli barang diperlukan sebelum aku keluar dari Perak...ke Bukit Mertajam...

-Persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ni...tahun ini aku masih memakai jubah yang aku beli tahun lepas...warna coklat...aku tak mau membazir sangat,sebab jubah aku tu masih elok lagi...daripada aku belanja sakan untuk raya ni,lebih baik aku pakai mana yang ada...janji meriah Aidilfitri...tahun ni sunyi sedikit kerana kehilangan ayah yang disayangi...

-Dalam surat khabar seringkali mengutarakan tentang barangan kawalan pada musim perayaan,dan macam-macam lagi...paling menyedihkan,berita tentang padah keseronokan bermain mercun...ada yang takda pergelangan tangan,ada yang buta mata,sampai nyawa terbang pun ada...Sedih aku tengoknya,seronok sangat sampai lupa nyawa sendiri tak jaga...

-Ops Selamat akan dilancarkan pada minggu ni...asalnya Ops Sikap...cuma diubah namanya...kerjasama dilakukan antara pihak PDRM,dan JPJ..kalau fakta salah,betulkan ye...Satu inisiatif yang berkesan untuk kurangkan kadar kemalangan terutamanya pada musim perayaan...

-tak dilupakan isu2 politik memandangkan PRU 13 semakin hampir....aku tak patut tulis di sini...tapi aku perlu tahu tentangnya...macam 2 perkara...

-oh,10 malam terakhir bulan ni adanya Lailatul Qadar...Allah sembunyikan bilakah Lailatul Qadar akan berlaku..tetapi ia perlu kita cari sepanjang 10 akhir ni..sempat lagi...

Itu sahaja coretan aku untuk kali ni,minggu depan Hari Raya Aidilfitri..mungkin aku tak usik blog ni sejenak untuk persiapan diri ke IPTA yang telah dipilih.Apa-apa pun,aku akan terus update event-event baru terutamanya apabila aku di sana nanti....

Aku akhiri post kali ni dengan ucapan Assalalmualaikum w.b.t,dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimah...dan bye...

SALLEH's BLOGGAVENTURES....