bonsoir tout le monde... selamat petang semua
hari ni aku rasa nak share kat korg semua bahasa perancis...bahasa perancis adalah salah satu bahasa yg paling dikenali dunia...bahasa ini sangat terkenal dalam dunia kulinari sebab asal dunia kulinari daripada orang perancis...back to the topic...untuk permulaan aku nak share huruf-huruf dalam bahasa perancis dan sebutannya...
abjad bahasa perancis memang serupa seperti bahasa inggeris cuma sebutan berbeza..
a- aa
b- bay
c- say
d- day
e- e
f- ef
g- j
h- aash
i- ii
j- g
k- kay
l- el
m- em
n- en
o- p
p- pay
q- koo
r- air
s- est
t- tay
u- oo
v- vay
w- doobl-vay
x- eeks
y- egreek
z- tsed
itu jelah..next post aku akan ceritakan tentang accent dalam bahasa perancis..d'accord...
a bientot tout le monde..
Wednesday, February 6, 2013
Tuesday, February 5, 2013
Hai, aku kembali lagi... aku sedang menikmati cuti semester. Beshnya....banyak event yg member2 aku buat..sekarang ni terlintas dalam kotak fikiran aku untuk update blog ni...terlintas dalam fikiran aku untuk tulis entri pasal bahasa perancis...oh ho ho bonjour tout le monde... first lesson will be started whenever I'm free..
Monday, January 14, 2013
Thursday, December 6, 2012
i'm back again....
Rasanya dah 3 bulan aku tak berblogging sejak aku jadi siswa di UiTM di Pulau Pinang.Macam-macam perkara baru aku belajar tambahan pula kos aku bidang kulinari...macam-macam benda baru aku tahu...mungkin next post aku akan post gmbr2 kelas aku HM225....jumpa kawan-kawan baru dari utara hingga ke Sabah dan Sarawak sana.Bagi aku life di universiti adalah yang terbaik sebab daripada sini aku dapat rancang apa yang aku mahukan...tu je aku nak cakap....aku nanti akan pos gmbr2 aku di sini...
well, pictures worth a 1000 words right??
Ok,sekian.....
CHOW!!!
Monday, December 3, 2012
new things,new stuff....
ok..lama dah tak pos kt blog ni...maybe next pos aku poskan apa yang aku lalui kat uitm pulau pinang dari hari pertama sampai sekarang....ok nak makan...chow
Friday, September 28, 2012
Event of the Month (September) 1
1-6 Sept
Merupakan minggu pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM Pulau Pinang.
Hari pertama
Merupakan minggu pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM Pulau Pinang.
Hari pertama
Saat yang paling menyeronokkan apabila aku berjaya
mendaftarkan diri di sini iaitu UiTM Pulau Pinang.Aku datang dengan abang dan
kakak ipar aku.Mula-mula aku di sini rasa janggal sedikit tentang tempat ni
.First time datang sini pun.Hari pertama aku jumpa rakan-rakan baru dari
pelbagai latar belakang dan budaya.Ada yang datang jauh dari Sabah Sarawak.Ada
yg mak bapak hantar anak dia waktu pendaftaran.Macam-macam lagilah.Hari pertama
orientasi memang dikatakan boleh tahanlah.Baru nak merasa hidup di U setelah 20
tahun duduk kampung.Bilik aku di tingkat 9.17 B .Alhamdullilah,ada sorang
member baru daftar jadi roomate aku dalam bilikJadi macam-macam nasihat
diberikan oleh kawan-kawan dan family aku sebelum aku pergi.Tapi memang hari
pertama di sini sungguh baik dan berjalan lancar.Malam pertama hari aku
bermesra dengan senior-senior roomate aku daripada UiTM Arau dan
member-membernya...seronok berkenalan dengan mereka-mereka ni.Diorang datang
dari bilik 9.18,9.19.Macam-macam orang baru aku kenal.Antaranya Syawal,Hakim
Lokman,Ahmad,Anis dan ramai lagi.
Hari kedua
Hari ini banyak perkara dapat tahu dalam orientasi kali
ni.Aku dengan rela hati melantik diri sendiri jadi ketua penghulu bagi siswa
pelajar baru.Alia lak jadi penghuluwati siswi yang sama juga.Aktiviti bermula
selepas subuh dengan aktiviti riadah.Selepas tu pergi ke Dewan Seminar.Penat
tul naik tangga 6 tingkat.Praktis lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan UiTM Di
Hatiku.Bersemangat nyanyi.Al-maklumlah bersedia awal nyanyi lagu tu awal-awal
lagi.Elok le pun.Selepas tu ada sesi taklimat tentang Pelan Integriti Nasional
(PIN) bahagian Pulau Pinang oleh Faizul bin Zubairi.Selepas itu dah habis
makan-makan.Ada sesi perbahasan dengan siswa-siswi lain.Hebat tul perbahasan
tersebut aku pun join sekaki.Pastu namakan kumpulan,trademark,dan
cheers.Macam-macam tingkah laku.Ada yang lawak dan macam-macam lagi la...Habis
tu g Pusat Islam untuk solat maghrib.Sebelum isyak, dengar ceramah daripada
ustaz tentang kepentingan menuntut ilmu... Malam ni sambung dari tadi,buat macam
petang tadi kat Dewan Kristal,perkenalan diri PM (Pemimpin Mahasiswa) seramai
lebih kurang 20 orang.Seronok event malam ni,ada exercise bertujuan untuk
membangkitkan minda.Pastu main Harimau Hakim Pemburu.terbaiklah hari ini...esok
nak prepare untuk hari korporat UiTM.
Hari ketiga
Macam biasa seperti hari sebelumnya.Tapi kena pakai baju
kemeja sebab hari Isnin.Hari ini diberikan taklimat Hal Ehwal Akedemik
(HEA),taklimat ko-kurikulum,taklimat Hal Ehwal Pelajar (HEP).Petang tu ada
explorace tentang tempat-tempat di UiTM di sini.Memenatkan tapi menarik
la.Malam ada sesi LDK dimana semua kumpulan bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak facie masing-masing.Semua luahkan apa yang dikumpul dan perasaan
sepanjang bersama dengan diorang.Grup aku dapat Abang Azrol a.k.a
Komeng.Gelak-tawa memenuhi seluruh dewan Kristal atas tu...
Hari keempat
Hari ni tak berapa ok sikit.Ada siswa bangun lambat dan
telah terima hukuman masing-masing.Macam biasa bersenam tapi kali ini ikut
video menari tommy,gudang,warming up,dan lompat bintang...Banyak teguran
diterima seperti cara menghormati penceramah apabila penceramah sedang
berucap.Selepas tu,taklimat untuk bahagian penempatan kolej dan Non resident
(NR) oleh Pn.Dewi Anis,diikuti dengan bahagian keselamatan oleh ketua polis bantuan,En
Zakaria.Kemudian taklimat tentang Kerjaya dan Kaunseling oleh Cik Azizah.Aku
tersentuh hati apabila Augustine memasang hajatnya untuk bawakan ibu bapanya ke
sini kerana dia tak pernah menjejakkan kaki ke sini dan tempat ini menjadi
tempat idamannya serta kesusahan ibu bapanya berusaha deminya.Agustine terpaksa
berjauhan daripada mereka terutama sekali bapanya kerana bapanya sering tidak
ada sewaktu dia menyambut setiap kejayaannya kerana sibuk bekerja.Oleh itu
azamnya untuk bawa kedua-dua ibu bapanya ke sini untuk melihatnya mengenggam
ijazah pada konvokesyen.Kemudian Alia pula meluah kan juga perasaan terhadap
apa pengorbanan Augustine untuk sampai ke sini dan respek Augustine kerana di
sebalik luarannya yang happy go lucky terdapat juga kesedihan dalam hatinya
itu...Taklimat tentang penggunaan istudent portal bagi mengakses dan memasukkan
pelbagai perkara penting diterangkan oleh abang facie Davis tapi tak
sempat..Kemudian taklimat tentang Pro-KI iaitu Kemahiran Insaniah yang
menerangkan penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti samada dalam atau luar
kampus.Banyak perkara perlu dicatat kerana taklimat diberikan sekali
sahaja.Bermakna kalau apa-apa yang tak jelas terus rujuk pada HEP tingkat
8.Malam ni membuatkan aku sedikit tersentak apabila abang Fatah berkata hidup
di sini bukannya sesenang waktu STPM dan Matrikulasi dulu.Banyak pengorbanan
perlu dibuat.Apalah guna jika ibu bapa hantar anaknya ke universiti
semata-semata untuk meremukkaN hati mereka jika masih terkapai-kapai dalam
fantasi.Kenalah bangun daripada mimpi-mimpi itu.Hadapi realiti sebenar.Setelah
ada sebuah video menunjukkan betapa gembiranya hati seorang ibu melihat anaknya pulang dengan kejayaan
disebalik kesusahan yang dialami berserta pengorbanannya membesarkan
anak-anaknya.Wan buat pengakuan bahawa jangan hanya berlakon hanya dengan
linangan air mata semata-mata.Jadikan perkara itu sesuatu yang menjadi daya
tolakan untuk berjaya dalam pelajaran. Kemudian aku rasa sangat sebak dan mengaku pada semua
siswa-siswi dan facie-facie bahawa aku adalah anak yatim piatu sekarang.Apa
yang aku ada hanyalah atuk aku serta adik-beradik aku aje yang tinggal.Aku
pesan kat diorang yang masih ada ibu bapa hargailah diorang seadanya.Banyak
perkara mereka korbankan untuk kita.Wan dan Abang Talib pujuk aku supaya tabah
dalam menghadapi hidup ini dan jadikannya sebagai daya tolakan dan faktor untuk
berjaya dan apabila berjaya berbuat demikian banyak berdoa agar diorang tenang
di sana.Jangan jadikan sebagai satu kekangan.Kemudian wakil siswi pun sama juga.Dia
pun anak yatim kerana ayahnya tiada sejak darjah 1.Hanya ibunya sahaja yang
menjadi tempat mengadu sehinggalah hari ini.Kami digalakkan supaya rancang
kejayaan dari sekarang dan jangan nak enjoy sangat selama tempoh
pengajian...Biarlah mereka menangis kegembiraan kerana berjaya bukan menangis
kesedihan kerana kebodohan diri sendiri mengkhianati amanat ibu bapa. Sesi
diakhiri dengan lagu UiTM Di Hatiku,lagu Snada dan the Black Superman serta
Taburkan Jasa Semaikan Budi.Okay,dah berjela panjang tulis ni,nak tidur...esok
hari second last....
Hari kelima
Klimaks kepada Minggu Destini Siswa.Taklimat Bahagian
Kebajikan Pelajar oleh HEP, Pn.Nor Diana.Berbincang mengenai pinjaman kebajikan
pelajar dan bantuan yang boleh diberikan oleh pihak universiti bersandarkan
syarat-syarat yang tertentu serta penjelasan mengenai bantuan
pengurangan/pengecualian yuran pelajar.Seterusnya,taklimat mengenai PTPTN.Slot
ni memang kena concentrate kerana hal ini penting untuk siswa/i yang telah
memohonnya secara online sebelum berakhir 30 Ogos 2012 bagi kelompok pertama
dahulu.Keputusan boleh disemak pada hari Sabtu 8/9/12.Tarikh untuk serahan bagi
kelompok pertama ialah pada 22-23/9/2012.Jika tidak dituntut dalam dua/tiga
minggu selepas serahan,ia menjadi masalah.Kiranya di slot ini banyak beri
tumpuan pada hal ini.Seterusnya taklimat bantuan Zakat dan CITU (Centre Islamic
Thoughts and Understanding).Slot ni menjelaskan tentang pemberian zakat pada 4
golongan,Fakir,Miskin,Fisabilillah dan Muallaf.Untuk mengisi borang boleh melayar
istudent portal bahagian zakat mengikut manual yang diberikan.Kemudian lawatan
ke perpustakaan UiTMPP.Memang perpustakaannya sungguh cantik dan tersusun
serta informatif dengan staf yang mesra.Selain itu kemudahan unifi turut
disediakan sebagai pemudah cara bagi siswa/i mencari maklumat.Kemudian lawatan
ke fakulti masing-masing.Aku fakulti hotel sudah tentu di hotel tempat aku
belajar.Kemudian taklimat fakulti diberikan oleh pensyarah fakulti.Tak sangka
boleh jumpa chef Kamarul depan mata aku.kemudian kami diasingkan mengikut
kursus.Untuk kulinari,Chef Syafiq
memberi taklimat tentang kursus ini secara mendalam.Kerja kat dapur
hotel memang kena kuat mental kerana kerja ni bukan sahaja kena menahan makian
daripada bos malah daripada tetamu hotel.Memang kena betul2 bersedia.Selepas
tu,pergi ke Dewan Kristal untuk Senam Seni 1 Malaysia.Lambat datang tapi sempat
ikut video.Penatnyaa...Malamnya,ada slot tayangan video dan sketsa dilakonkan
oleh akak2 dan abang2 PM.Tayangan itu memberikan kesan yang mendalam pada aku
sebagai anak yatim piatu.Nasib baik Agus dan kawan2 lain cuba tenangkan
aku.Selepas selesai,sesi bersalaman antara siswa/i dengan abang2/akak2 facie serta menyanyikan lagu doa perpisahan
oleh brothers bersama-sama.Lepas tu pulak,ada surprise untuk Alya,Firdaus dengan
sapa sorang tu aku tak tau la.Kek birthday...buat pertandingan kuah kacang ketupat paling pantas antara aku dan Ninda.Kesimpulannya aktiviti malam ni
merupakan yang terbaik antara yang terbaik sepanjang MDS berlangsung.
Hari keenam
Peleraian bagi MDS ni.Livestream video daripada kampus induk
di Shah Alam mendengar ucapan dan amanat naib canselor Dato' Prof. Sahol Hamid Abu Bakar.Lama jugak tapi berjalan
lancar...selepas itu tayangan video mengenai kenangan bersama-sama sepanjang minggu destini siswa berlangsung.Macam-macam gelagat dan lagak.Aku pun tak
terlepas sekali.Malu aku seyhh...abang Fatah meminta Ninda dan aku memberikan
ucapan.Aku mengucapkan banyak2 terima kasih pada abang-abang dan kakak-kakak PM
terutamanya first best friend aku di sini iaitu Abang Talib.Mesra betul dia
dengan aku.Itulah ikatan ukhuwah yang sejati.Aku juga mengucapkan selamat
berjaya kepada semua abang2/kakak2 PM serta semua siswa/i menggapai segulung
ijazah kelas pertama.Kemudian aku diminta untuk lakukan kuah kacang
ketupat.Best betul.Kemudian ucapan-ucapan daripada siswa/i lain.dan berakhir
dengan sesi bergambar bersama abang2/kakak2 PM.Terbaiklah....secara
keseluruhannya Minggu Destini Siswa UiTMPP tahun ini merupakan sesuatu yang
sangat berharga yang tak dilupakan oleh diri sendiri untuk diceritakan kepada
anak cucu nanti.Alhamdulillah semua dah selesai....
Monday, August 13, 2012
13/8/11
Oh...minggu ni adalah yang terakhir bagi bulan Ramadhan...banyak perkara telah aku lalui sepanjang minggu-minggu yang lalu...
-netbook aku down habis...takleh nak buat apa dah...nak baik boleh,tapi lebih baik tumpu ke arah yang lain yang diperlukan dahulu...
-berakhirnya sukan Olimpik di London 2012...macam2 yang aku tengok...4 tahun lagi di Rio Di Janeiro,Brazil...aku memang dah expect tema Samba dan fesyen carnival mesti ada...Apa-apa pun,bagi kontinjen Malaysia,tahniah diucapkan terutamanya kepada Datuk Lee Chong Wei,dan Pandalela Rinong kerana menyumbangkan pingat untuk negara (1 perak dan gangsa).Anda berdua adalah wira negara yang harus diberikan pujian yang terbaik...Tidak dilupakan kepada Encik Pocketrocketman, Azizulhasni Awang. Di sebalik apa yang berlaku, penyertaan anda dalam acara berbasikal keirin akhir sudah cukup memuaskan bagi saya...Kepada kontinjen Amerika Syarikat,tahniah diucapkan juga terutamanya atlet-atlet olahraga dan renang yang ada daripada telah memecahkan rekod dunia dan olimpik...walaupun atlet 400m kesukaan saya iaitu Jeremy Wariner tidak dapat pergi ke London tahun ini,saya tetap sokong anda ...dan saya berharap anda layak ke Rio nanti...setiap hari tengok live dari TV1 dan TV2 pada waktu sahur, dan waktu petang...tumpuan lebih kepada atlet negara...
-Urusan untuk masuk ke IPTA selesai..hanya perlu lengkapkan borang U,dan jalani medical checkup.. (2 hari je lagi dengan kawan aku).Lepas ni nak list beli barang diperlukan sebelum aku keluar dari Perak...ke Bukit Mertajam...
-Persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ni...tahun ini aku masih memakai jubah yang aku beli tahun lepas...warna coklat...aku tak mau membazir sangat,sebab jubah aku tu masih elok lagi...daripada aku belanja sakan untuk raya ni,lebih baik aku pakai mana yang ada...janji meriah Aidilfitri...tahun ni sunyi sedikit kerana kehilangan ayah yang disayangi...
-Dalam surat khabar seringkali mengutarakan tentang barangan kawalan pada musim perayaan,dan macam-macam lagi...paling menyedihkan,berita tentang padah keseronokan bermain mercun...ada yang takda pergelangan tangan,ada yang buta mata,sampai nyawa terbang pun ada...Sedih aku tengoknya,seronok sangat sampai lupa nyawa sendiri tak jaga...
-Ops Selamat akan dilancarkan pada minggu ni...asalnya Ops Sikap...cuma diubah namanya...kerjasama dilakukan antara pihak PDRM,dan JPJ..kalau fakta salah,betulkan ye...Satu inisiatif yang berkesan untuk kurangkan kadar kemalangan terutamanya pada musim perayaan...
-tak dilupakan isu2 politik memandangkan PRU 13 semakin hampir....aku tak patut tulis di sini...tapi aku perlu tahu tentangnya...macam 2 perkara...
-oh,10 malam terakhir bulan ni adanya Lailatul Qadar...Allah sembunyikan bilakah Lailatul Qadar akan berlaku..tetapi ia perlu kita cari sepanjang 10 akhir ni..sempat lagi...
Itu sahaja coretan aku untuk kali ni,minggu depan Hari Raya Aidilfitri..mungkin aku tak usik blog ni sejenak untuk persiapan diri ke IPTA yang telah dipilih.Apa-apa pun,aku akan terus update event-event baru terutamanya apabila aku di sana nanti....
Aku akhiri post kali ni dengan ucapan Assalalmualaikum w.b.t,dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimah...dan bye...
SALLEH's BLOGGAVENTURES....

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)