Tuesday, March 15, 2011

special day..

hari ni istimewa dalam hidup aku.Allow me to write in English.As for today,it is Mr.Hahn of Linkin Park's birthday.I had wished to him Happy Birthday,but I forgotten to give him my pencil drawings of him.Here it is...
I got my idea of drawing him 3 days ago.It came up when I was alone with my grandpa at home.I had collections of his photos downloaded through the internet then stored in my handphone.Well,I don't know if this picture that I drawn was looked like him but I can say is he is so handsome especially when the band gained their popularity during early 2000s especially when he wears spectacles and shades along with jackets and shirts.That's stylish!!!Leave a comment if you feel interested about my drawing...

that's all,thank you....
see you soon,from:
SallehS92.

Thursday, March 10, 2011

exam..exam..exam...

minggu ni exam selaras 1..boleh tahan soalannya..tapi aku asyik terlebih masa terutama masa BM2 dengan MUET writing.erghh....aku dah semacam pusing 360 darjah banyak kali..huishh..dengan susunan ayat tunggang- langgang.Udah la tak baca banyak,maklumlah last minute preparation...macam tu jadinya...pa1 dengan pa2 takde masalah sangat..ok jer..sastera 2 aku boleh jawab..tapi aku cukup risau dengan sastera 1,aku jawab tah hapa-hapa.ahhh,lupakanlah...yang dah jawab tu biar dah jawab..yang penting usaha tu..Tadi MUET boleh tahan soalan..Hari ni memang lawak..Mengekek satu dewan exam dengar cd stuck.....ala macam satu scene dalam cicakman yg masa dia nak cari 5 orang sebenar daripada klon2 buatan Professor Klon..hehe..memang kelakar gila..aku tak tahan..tapi alhamdulillah boleh jawab..sama jugak reading..aku belajar daripada kesilapan aku yg lalu:tak baca soalan betul-betul...tapi writing pulak problem...sama macam sastera 1 jugak,tah hapa-hapa aku tulis dengan bahasa inggerisnya tak tentu hala..entahlah,nak buat macam mana,terlebih bajet masa kat situ.tambah lagi soalan 2 karangan...pening kepala aku dibuatnya..Hmph,malas aku nak cakap lagi...esok ada ceramah tentang masalah mata dan aku mcnya...wish me luck ok...

itu sahaja entry aku hari ni,sekian...

Saturday, March 5, 2011

hmm...dah lama sangat x update blog...maklumlah banyak benda kena selesaikan...macam-macam perkara..yang seronok ada..dan yang tak seronok pun ada jugak...kadang-kadang meletup otak aku dibuatnya...
ah! sudahlah...malas aku nak berkata panjang lagi...dalam suasana macam ni,aku tak tau nak buat apa lagi...minggu depan ada ujian selaras...aku satu apah xbaca lagi..tambah teks novel sbdkl dan ss..manalah aku baca sangat sampai dua tiga kali....bukan aku nak merungut aku cuma ingat apa yang aku faham je..subjek lain aku tak tau macam mana kan...tekanan semakin menghampiri..dgn portfolio seni,fail pa mana aku hantar lagi...hish..pening,pening...kat bawah ni cuma sekadar gambar hiasan...


aktiviti merentas desa sekolah aku yang aku fikir the best...aku tak lari...tugas aku buat air untuk budak-budak rumah sukan aku Iskandar.Buat air oren.Sedap pulak tu..sampai habis tiga bekas...sedap sangat agaknya..tapi yang tak puas hatinya rumah aku dapat nombor last keseluruhan...tapi takpelah macam tulah adat permainan kadang-kadang ada yang dapat nombor satu ada yang last...redha jelah...nak buat macamana memang begitu..sambil-sambil tu tolong PERTINA jual nasi lemak,kudap,bihun singapura dengan air minum..walaupun aku tak berapa membantu sangat tapi seronok jugak..

aku rasa itu je aku nak bagitau kat sini..akhir kata assalamualaikum w.b.t,peace no war peace..have a nice day..




Saturday, February 19, 2011

HoME Alone...(keseorangan)

lepas aku balik dari kuala kangsar tengahari tadi,ada aktiviti lawan bola friendly ngan budak smbm..wow bestnye...singgah sood jap...pastu balik umah..pastu aku tinggal sorang je...atuk aku g mesyuarat...
pernah tak rasa keseorangan bila takde orang kat rumah??
Ada tak kita terfikir benda yang nak sangat kita buat kalau takde siapa di rumah kecuali kita je...
layan inuyasha kat tv channel animax...2 jam tanpa henti..huhu...best pun best...
sambil makan nasi sorang-sorang...lepas nengok tv..lukis-lukis sikit...haa...tu yg interesting untuk hari ini..

Thursday, February 17, 2011

ahhhaaa...lawak bodoh...

hahaha....sungguh lawak....
begini kisahnya...
ada satu malam bertarikh 16/2/2011...aku menerima call daripada kawan aku sbb ada org nak belanja aku kat tempat biasa...aku fikir mula-mula diorg nak belanja aku betul-betul...lantas aku pun percaya la...kemudian aku mencari dompet aku tapi tak jumpa..kul 9:30 malam dorg datang ke rumah aku..aku dengan semena-mena tak berfikir panjang terus masuk ke dalam kereta... dan pergi ke tempat biasa...dgn berkain pelekat...tanpa dompet dan duit untuk dibawa.
selepas itu aku pun duduk bersama dorg..so dengan selambanya aku mengorder bakso dan milo ais tanpa segan silu..makan punya makan...ahh..leganya..tapi pedas sangat baksonya sampai suara aku takde langsung..lepas tu nak mintak duit bayar sendiri... alamak aku tak bawak duit pulak.....adesss...pada waktu itu,segan aku...ahhh...aku tak bawak duit dan dompet...ish..ish..ish..
dan uhh...aku diarahkan cuci pinggan walhal dah bayar pun....tapi takpe ini hari yang paling lawak aku penah buat dan lawak paling bodoh...
Punyalah segan waktu tu...aku malas nak bercerita lebih lagi...
So pengajarannya jangan lupa bawak beg duit kalo nak keluar rumah...
Lagi satu kena selalu beringat-ingat kalau nak keluar rumah...

kat bawah ni hnaya sekadar gmabar hiasan sahaja

Saturday, February 12, 2011

CHANGE.....

selalu sangat kita dengar orang nasihat kita suruh berubah...tapi lama-kelamaan duk macam tu jugak..sama jugak...bak kata pepatah orang utara pi mai pi mai tang tu...kalau berubah pun mesti sekejap je...''susah sangat nak berubah??umur kau 19,tak lama lagi 20,hang tak reti pikir sendiri ke??hang nak duk bergantung harap dengan orang lain lagi??patutnya kalau ikutkan umur macam kamu ni bleh pergi kerja,dapat duit lagi bagus...ini tidak,tak pernah berubah langsung...''

Itu hanya sekadar pembuka kepada post baru aku ni...lagipun kenapa aku nak tergedik-gedik nak writing English kat sini...aku kan orang Melayu,bukankah begitu??Lagipun aku bakal berperang dengan cabaran terbesar aku,iaitu STPM...tak lama lagi je..pejam celik pejam celik dah sampai harinya..walaupun terasa lamanya...tapi sebelum aku hadapi itu,aku kena ubah dahulu perkara remeh-temeh...mungkin selama aku tak terpikir sangat sebab asyik sangat dengan berkhayal.Tapi sekarang aku mula sedar sedikit demi sedikit,yang sebenarnya,aku perlu ubah yang remeh-temeh dahulu kemudian barulah perkara yang dirasakan penting...
dan benda macam ni kena bermula dengan yang dekat rumah dulu,baru kat luar sana tu...ni kalau rumah bersepah-sepah,sapa tak marah tengok rumah keadaan sebegitu rupa...dan dari situlah dapat kita wujudkan niat untuk berubah untuk diri sendiri dan seterusnya keluarga,masyarakat,negara...dan perlu bertindak segera dan berterusan dari hari ke hari...



untuk pengetahuan semua,Obama menggunakan perkataan ini dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat untuk meraih undi daripada rakyat mereka dan berjaya...hanya kerana satu perkataan sahaja CHANGE,boleh membawa pelbagai maksud tersendiri..terpulang kepada kamu semua untuk mentafsirkannya...

setakat ini sahaja..jangan lupa untuk tinggalkan komen...selamat berhujung minggu semua...