Saturday, March 19, 2011

haishh....

entah macamana hari ini...bangkit tidur terus otak kosong je...bangkit kul 8.30 pagi..selalunya aku bangun awal sikit...pastu bersiap nak pergi belajar motorsikal sejam kat lubuk merbau.

bahagian 2 ak ok jer,takder masalah sangat.
bahagian 3 hmmph..hampeh!!Tak cukup timing nak berhenti sebelum line,terlebih lajaklah,brek tak makanlah..Haishh..sabau jelah.....Nasib baik ni latihan nak cukupkan 10 jam.aku tak habis lagi.masih ada 7 jam lagi 
Dan tak lama lagi aku punya lesen L nak mati dah.awal bulan 4 habis tempohnya.Aku tak tau macamana nak buat.
Takkan aku interfere benda alah macam ni dengan aktiviti sekolah waktu petang lak??hish,pusing aku memikirnya.

petang,layan anime Inuyasha:The Final Act 2 jam berturut-turut.Minggu ni minggu terakhir siri tu.Masih lagi bersambung sewaktu Inuyasha,Kagome,Sesshoumaru,dan rakan-rakan dalam badan Naraku.Hmm,best.aku tengok sampai akhir episod di mana si Kagome terpaksa membuat pilihan untuk selamatkan dirinya dan pulang ke dunianya atau nak duduk dalam kegelapan dalam permata Shikon buat selama-lamanya.Inuyasha datang selamatkan Kagome dan Kagome telah  membuat pilihannya untuk bersama dengan Inuyasha dan mengarahkan permata Shikon agar lenyap selama-lamanya dan permintaan itu ditunaikan.Macam biasa,all's well ends well,mesti ada babak bercium tu..tak sah kalau xder.Happy ending epilognya.Terbaik!!!

Ah,motor pulak takde abang aku bawak...kawan-kawan aku nak ajak pergi pa nak study tapi tak jadi...so duduk terperap dengan abang aku yang sorang lagi...tapi takpe,seronok jugak hari ini keseluruhannya..

Itu sahaja coretan untuk hari ini.
Salam mesra dari saya,Salleh.

Bloggaventure...

Bloggaventure???
Pelik jugak nama baru blog aku ni..

Yelah,daripada nama lama iaitu Diaries of The Days,tak ke nampak terlalu personal??
Jadi tukarlah nama yang lebih baik sedikit..
Lalu aku dapat idea dengan gabungkan dua perkataan iaitu Blog dan Adventures
Digabungkan jadilah Bloggaventures...bukannya Bloggeranger..

Insyaallah,akan aku mengupdate blog ini dari masa ke semasa...
selain daripada apa yang aku dilalui,mungkin juga aku boleh berkongsi pendapat dengan followers lain tentang sesuatu.

LONG LIVE,BLOGGAVENTURES....

Thursday, March 17, 2011

semalam merupakan pengalaman pertama aku keluar dengan kawan-kawan di luar Kuala Kangsar (padahal Ipoh jer..).Aku dan kawan aku,Musawwir bertolak lambat sikit pukul 2.30 macam tulah sebab aku tengah makan waktu dia sampai kat rumah aku.Pegi sana naik moto ikut Dataran..On the way nak ke Ipoh ikut highway,hujan pulak tapi sekejap jer..Sampai kat Petronas sebelah McD berhenti jap telefon Adam dengan Iman.Penat juga keme nak cari kat situ.Punyalah lama lepas tu dekat2 pukul 4,tibalah kami di Ipoh Parade jumpa diorg.Diorg dah beli tiket untuk tayangan gi tengok wayang kat Golden Screen Cinemas untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa.Start kul 5.10 petang.Kemudian,kami  jual buku lama keme kat Novel Hut yang keme bawak dari rumah tapi dapat RM7 je.oklah tu.But the problem was,aku tak bawak duit spare siap-siap at least RM10 nak pergi situ kan.Kitorang ambil keputusan just window-shopping kat area parade seperti kedai teddy bear,butik baju Radioactive,kedai buku, dan Anime Tech.Hmm,rambang mata aku dibuatnya..banyak sangat pilihan...tapi xder duit...

Ah,pedulikan itu sebentar.Dekat2 kul 5 baru kitorang masuk tengok filem tu.Bagi Adam dan Iman,diorg dah tengok dua kali,mungkin rasa bosan.Tapi bagi aku,filem tu walau berulang kali tengok macamanapun tetap yang terbaik.Yang tak bestnya,macam biasalah,iklan dan trailer movie yang baru sebelum tayangan dimulakan.Habis iklan barulah filem tu disiarkan.Menyiarkan dua bahasa dan subtitle iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Keseluruhan cerita Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU adalah antara yang terbaik pernah aku lihat.Pada pendapat aku,filem ini patut dipromosikan dan ditayangkan di luar negara supaya orang di luar sana tahu akan kehebatan filem epik ini.Kalau nak tahu cerita ini dengan lebih lanjut,tengoklah sendiri ye.Aku cuma beri ringkasannya sahaja ynag diambil dari GUA.com.my.


HMM mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa laonan Stephen-Rahman Hughes yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom yang ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara negara China, Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom,iaitu Marcus ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda telah menculik puteri tersebut dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam pertempuran dengan Geruda, Merong telah cedera parah dan dia telah diselamatkan oleh Kesum yang telah meramalkan tentang kehadiran seorang raja yang bakal menyelamatkan kampung mereka.Merong mengumpulkan angkatan-angkatan tenteranya untuk berangkat bersamanya berperang ke kubu Geruda itu.Sampainya di kubu itu,Merong menggunakan cermin yang direka Archimedes untuk memantul cahaya matahari terus ke orang-orang Geruda dan ramai yang mati kepanasan dan jatuh ke dalam laut.Tetapi berjaya dipatahkan melalui rakan seguru Kesum yang memanggil hujan turun.Kemudian,berlakulah pertempuran yang dahsyat.Mereka berjaya tetapi tak lama.Rupanya masih ramai lagi orang-orang Geruda di sebalik kubu itu.Mak tak terlawanlah mereka.Kemudian pertempuran sengit berlaku di antara Kemawas dan Merong.Penuh aksi dan debaran.Pada masa yang sama,Angkatan kedua dari China dan Rom telah pun sampai memberikan bantuan.Merong berjaya kalahkan Kemawas sebab tangkalnya diambil Puteri itu ketika dia cuba memperkosa puteri itu.Maka darah terpercik dari mulutnya dan keris Merong menusuk perut Kemawas itu.Dan akhirnya Merong menang perlawanan itu.Dan kemudian,rakan seguru Kesum pula datang dari belakang menikam Merong.Cerita ini berakhir apabila Merong mengambil tangkal daripada leher rakan seguru Kesum itu dan menusuk sekali kedalam perutnya pula.Dan kedua-duanya mati.Pengorbanannya tidak disia-siakan.  


Di sini juga aku ingin ulaskan apa yang menarik dalam filem ini.Filem ini banyak mengandungi adrenalin aksi dan pertempuran terutamanya di pantai ''tempat yang tidak ketahuan rajanya'' dan tempat kubu puak Geruda.Ketika itu,banyak pertumpahan darah dan orang mati tersadai berlumuran darah.Aku sangat menyukai 2 babak itu.Selain itu,ia diselitkan unsur percintaan.Yang paling jelas adalah di antara watak Merong dan Embok,anak Penghulu Kesum lakonan Ummi Nazeera.Sangat menyentuh hati sehinggakan aku nyaris menangis.Ia juga menyelitkan unsur humor yang berjaya menarik perhatian penonton termasuk aku terutamanya pada watak Ying Ying,inang kepada Puteri China yang rupawan itu. Sungguh menggelikan hati tambah-tambah lagi masa kawan tu buat-buat mati kena panah.Ia juga menyelitkan unsur magis.Ini jelas menerusi Kemawas dan rakan seguru Kesum menggunakan tangkal hikmat untuk menjadikan diri mereka tak lut ditikam senjata.Kelemahan mereka adalah,jika tangkal itu ditanggalkan maka mereka tidak kebal lagi.Dan juga penyembahan dewa-dewa purba Geruda yang menyebabkan malapetaka kepada tentera-tentera China dan angkatan tentera iringan Putera Marcus itu.Bagi pendapat aku,inilah yang terbaik aku peranah tonton so aku berikan markah penuh buat filem ini kerana berjaya menarik perhatian aku!!!


10/10

Selepas habis tayangan kul 7 macam tulah,motorsikal Adam kena sita oleh MBI.Musawwir dan dia kena  pergi ke mahkamah untuk buat rayuan tuntut balik motor yang disita tu.So,aku dengan Iman duk tunggu dekat depan Parade tu sejam lebih bersembang-sembang sambil  menunggu diorang claim balik motor tu.Kul 8 macam tulah,alhamdullilah,dapat claim balik atas berkat solat khusyuk dan doa.so,kami pun balik ikut jalan lama.tapi problem jugak,lampu isyarat banyak pulak.Waktu aku dengan Musawwir berhenti kat lampu isyarat dekat2 Sungai Siput tu,ada satu kereta Waja putih lalu selamba ajer tanpa menghiraukan lampu merah di depan.Gila apa pemandu ni,tak ikut peraturan jalan raya ke???Tapi takpe,perjalanan diteruskan...sampailah balik ke rumah aku...memang best..pasni filem Kongsi ''Lu Langsi,Lu Mati'' lakonan Shaheizy Sam pada 12.5.2011.Hmm,pasni nak gi la...dan pengajarannya ialah ''Jangan Lupa bawak duit spare sekurang-kurangnya RM20 nak pergi tempat-tempat macam tu.Mana tau benda yang tak dijangka berlaku macam aku cerita tadi tu''.

Fuhh,setelah panjang berjela aku bercerita,izinkan aku mengakhiri entry aku dengan pantun ini:

Sambal ikan bilis sambal belacan;
Lain nama lain rasa,
Bawa duit spare lebih ketika nak berjalan;
Buat peringatan nak pergi kali kedua dan seterusnya.

Chow,Assalamualaikum w.b.t. 

Hayatilah gambar poster Hikayat Merong Mahawangsa ini ye.


Tuesday, March 15, 2011

special day..

hari ni istimewa dalam hidup aku.Allow me to write in English.As for today,it is Mr.Hahn of Linkin Park's birthday.I had wished to him Happy Birthday,but I forgotten to give him my pencil drawings of him.Here it is...
I got my idea of drawing him 3 days ago.It came up when I was alone with my grandpa at home.I had collections of his photos downloaded through the internet then stored in my handphone.Well,I don't know if this picture that I drawn was looked like him but I can say is he is so handsome especially when the band gained their popularity during early 2000s especially when he wears spectacles and shades along with jackets and shirts.That's stylish!!!Leave a comment if you feel interested about my drawing...

that's all,thank you....
see you soon,from:
SallehS92.

Thursday, March 10, 2011

exam..exam..exam...

minggu ni exam selaras 1..boleh tahan soalannya..tapi aku asyik terlebih masa terutama masa BM2 dengan MUET writing.erghh....aku dah semacam pusing 360 darjah banyak kali..huishh..dengan susunan ayat tunggang- langgang.Udah la tak baca banyak,maklumlah last minute preparation...macam tu jadinya...pa1 dengan pa2 takde masalah sangat..ok jer..sastera 2 aku boleh jawab..tapi aku cukup risau dengan sastera 1,aku jawab tah hapa-hapa.ahhh,lupakanlah...yang dah jawab tu biar dah jawab..yang penting usaha tu..Tadi MUET boleh tahan soalan..Hari ni memang lawak..Mengekek satu dewan exam dengar cd stuck.....ala macam satu scene dalam cicakman yg masa dia nak cari 5 orang sebenar daripada klon2 buatan Professor Klon..hehe..memang kelakar gila..aku tak tahan..tapi alhamdulillah boleh jawab..sama jugak reading..aku belajar daripada kesilapan aku yg lalu:tak baca soalan betul-betul...tapi writing pulak problem...sama macam sastera 1 jugak,tah hapa-hapa aku tulis dengan bahasa inggerisnya tak tentu hala..entahlah,nak buat macam mana,terlebih bajet masa kat situ.tambah lagi soalan 2 karangan...pening kepala aku dibuatnya..Hmph,malas aku nak cakap lagi...esok ada ceramah tentang masalah mata dan aku mcnya...wish me luck ok...

itu sahaja entry aku hari ni,sekian...

Saturday, March 5, 2011

hmm...dah lama sangat x update blog...maklumlah banyak benda kena selesaikan...macam-macam perkara..yang seronok ada..dan yang tak seronok pun ada jugak...kadang-kadang meletup otak aku dibuatnya...
ah! sudahlah...malas aku nak berkata panjang lagi...dalam suasana macam ni,aku tak tau nak buat apa lagi...minggu depan ada ujian selaras...aku satu apah xbaca lagi..tambah teks novel sbdkl dan ss..manalah aku baca sangat sampai dua tiga kali....bukan aku nak merungut aku cuma ingat apa yang aku faham je..subjek lain aku tak tau macam mana kan...tekanan semakin menghampiri..dgn portfolio seni,fail pa mana aku hantar lagi...hish..pening,pening...kat bawah ni cuma sekadar gambar hiasan...


aktiviti merentas desa sekolah aku yang aku fikir the best...aku tak lari...tugas aku buat air untuk budak-budak rumah sukan aku Iskandar.Buat air oren.Sedap pulak tu..sampai habis tiga bekas...sedap sangat agaknya..tapi yang tak puas hatinya rumah aku dapat nombor last keseluruhan...tapi takpelah macam tulah adat permainan kadang-kadang ada yang dapat nombor satu ada yang last...redha jelah...nak buat macamana memang begitu..sambil-sambil tu tolong PERTINA jual nasi lemak,kudap,bihun singapura dengan air minum..walaupun aku tak berapa membantu sangat tapi seronok jugak..

aku rasa itu je aku nak bagitau kat sini..akhir kata assalamualaikum w.b.t,peace no war peace..have a nice day..